Ada rakan dalam Doctorate Support Group (DSG) yang letak keratan akhbar ni dalam group. Maka saya kongsikan berita tu kat sini...
Cukup tegas amaran dari Datuk Khaled, Menteri Pengajian Tinggi. Saya agak tersentap dengan ayat berikut, "You go to Britain for six years to do a PhD and come back with nothing?". Dah la penekanan kat situ Britain, agak kena juga dengan status saya sekarang ni walaupun saya baru 9 bulan belajar di UK.
Nampak gaya kena lipatgandakan usaha. Kadang-kadang terfikir, kenapa la saya buat kerja lambat sangat? Atau adakah masa yang berlalu sangat pantas?
Sangat tertekan bila tak dapat siapkan tugasan dalam masa yang diberikan dan tidak berjaya mendapat output seperti yang diharapkan oleh penyelia.
Sekarang pula dah masuk musim luruh. Siang semakin beransur menjadi pendek. Pukul 6 lebih dah gelap sebab dah maghrib. Itu bermakna waktu belajar juga semakin kurang. Bukan senang nak minta izin suami balik lewat semata-mata menyiapkan tugasan yang belum selesai. Suami mana yang tidak risau bila si isteri berjalan dalam gelap keseorangan? Itu lah dilema bila belajar dan memegang status isteri dan dalam masa yang sama, ummi kepada tiga orang anak.
Kalau musim sejuk pula, siang akan bertambah pendek. Pukul 3 pun dah gelap. Itu hanya satu contoh cabaran bila belajar luar negara.
Itu juga belum disentuh karenah penyelia yang pelbagai. Dari sudut penyelia, saya sangat bertuah. Penyelia saya sangat pakar dalam bidang penyelidikan yang sedang dilakukan. Prof juga memberikan komitmen yang tinggi dalam kajian saya. Seminggu sekali wajib jumpa untuk laporkan apa yang dah dapat. Katakan masa perjumpaan tersebut bertembung dengan mesyuarat yang Prof perlu hadiri, beliau sanggup keluar dulu utk jumpa dgn pelajarnya dan sambung kembali bermesyuarat selepas itu :)
3 comments:
sis blaja kat uk yea. seronoknya blaja kat tempat org yea.
adik nik blaja kat UK jugak .kat London tp terpaksa tangguh pengajian sebb ade mslah kesihatan.
apapun gd luck sis.mencabar gakkan blaja bila bergelar status isteri.
Terima kasih singgah sini :)
erm bab politik erk?
Post a Comment