Klik di sini....

Wednesday, October 17, 2012

Jadilah orang yang pemaaf

Hari ni nak tampal pesanan dari Prof Muhaya kat sini....

Emosi marah, dendam , dengki akan menghasilkan sifat meyalahkan orang lain. 
Menyimpan perasaan ini akan memberi kehidupan yang sempit dan tidak akan bahagia. 
Kebencian akan menyebabkan senang ada kanser mengikut setengah kajian. 
Sebab itu memaafkan orang lain cara terbaik menyihatkan badan.
Sesiapa yang tidak dapat memaafkan orang sebenarnya menjadi mangsa minda negatif diri sendiri dan tidak akan berjaya dunia akhirat. 
Orang yang sentiasa ingat mati senang memaafkan orang lain kerana dia mengharapkan pengampunan Allah. 
Jom lihat diri jika dengan hanya orang buat silap kita berdendam di mana hati kita dgn Allah. 
Lihat hidup orang yang sukar memaafkan tentu tidak bahagia dan membahagiakan.
Lihat apa emosi kita sebelum tidur.
Jika tidak bersyukur dan memaafkan dan muhasabah diri alangkah ruginya!
-PROF DR MUHAYA-

Ya Allah, jadilah aku hamba-Mu yang mudah untuk memaafkan orang, amin, amin amin!

3 comments:

mek yusz said...

erm...maaf tu insyaAllah boleh..utk melupakan adalah SUKAR :(

nurbijen said...

Apatah lagi jika orang yang sama melakukan kesilapan berulang-ulang kali... lagi susah nak lupakan, kan?

Walau mcm mana pun, tetap ada luka yang kita akan ingat, apatah jika yang melakukan tu adalah dari orang yang kita sayang :)

TiranaAduka said...

@mek yusz
Saya setuju.