Klik di sini....

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Budak Paling "Bodoh" Dalam Dunia

Kisah menarik.. copy and paste dari facebook....

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

... ✿PELANGGAN : “Naper awak cakap macam tu mamak?”
✿MAMAK : “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

✿MAMAK :” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

✿SUMARDI : “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

✿AJOI : “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story:
1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.


2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.


Saturday, January 12, 2013

Kisah kumbang

Lagi perkongsian dari facebook...

Seekor kumbang cuba keluar dari bangunan. Dia menghentak dirinya pada jendela kaca yang tertutup berkali-kali hingga tersangat penat & tak bermaya, disangkanya itu jalan keluar. Dek terlalu penat, dia berhenti menghempaskan diri ke jendela kaca dan merayap lemah ke bahagian dinding berdekatan jendela tersebut.

Beberapa minit merayap, tiba-tiba dah tiada dinding. Oh! Pintu rupanya ... tak berapa jauh dari jendela tadi. Dia terbang keluar dengan girang sekali!

Kadang2 kita cuba mencari pintu keluar dari sesuatu masalah dengan jalan yang salah, menipu pandangan dan mengelirukan. Tanpa disedari, rupanya pintu keluar sebenar hanya berdekatan dengan pintu tersebut. Justeru, jangan tertipu, keliru dan putus asa. Pintu penyelesaian hanya berada di sebelah kiri/kanan kita sahaja! Ambillah sedikit masa utk menoleh ke kiri/kanan sebelum terlalu penat... Ambil masa utk cari alternatif lain!

Terima kasih cik rah di atas perkongsian yang sangat bermakna ni. Dalam melakukan research juga, ia boleh diaplikasikan. Bila buntu, kena take break to reflect and seek other alternatives!

Note to myself :)

Monday, August 20, 2012

Perasaan bercampur aduk

Ini adalah kali pertama saya dan keluarga beraya di Bradford, United Kingdom. Sambutannya sangat berbeza 360 darjah dengan sambutan di negara tempat tumpah darahku.

Tentu sekali ia sambutan tanpa ahli keluarga. Sambutan tanpa ummi (ibu saya), mek (ibu mertua), ayah (ayah mertua), adik beradik, ipar duai, sanak saudara mahupun sahabat terdekat. Hanya telefon dan panggilan video (skype) yang menghubungkan kami.

Bayangkan perasaan saya apabila ummi hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat wajah kami di komputer menerusi skype. Tiada sepatah kata yang mampu ummi ucapkan. Sebagai anak, saya cuba menjadi setabah mungkin. Walaupun hati kecil saya menangis di dalam, saya cuba mempamerkan wajah yang biasa saja. Saya mahu ummi tahu bahawa anaknya seorang yang kuat.

Alhamdulillah, tahun ini saya dan anak-anak buat pertama kalinya berpeluang melakukan solat sunat Aidilfitri. Ya, ia adalah kali pertama bersama anak-anak. Baru saya sedar bahawa sudah tujuh tahun berturut-turut saya tidak menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tradisi keluarga mertua (setiap tahun, saya akan beraya di rumah mertua - tiada sistem giliran), anak menantu perempuan akan berada di dapur untuk menyiapkan juadah raya kepada tetamu dan menyiapkan anak-anak dengan busana raya.

Perasan syukur kepada Yang Esa tidak putus-putus diucapkan kepada-Nya. Saya tidak akan solat sunat Aidilfitri di negara sendiri, tapi berpeluang melakukannya di negara orang. Berada dalam kalangan ahli jemaah yang berbilang warna kulit juga membuatkan saya tidak putus-putus memuji kebesaran-Nya. Apatah lagi dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama anak-anak.  Ia kenangan sangat manis yang pernah saya lalui. Terima kasih Allah.

Adik dan kakak sedang dengar khutbah raya
Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, amin!

Tahun ini juga, saya tidak mengunjugi pusara ayahanda. Entah bagaimana agaknya rupa pusara ayah sekarang? Tapi saya tidak risau sebab abang-abang (saya ada dua orang abang) dan adik-adik (saya ada lima orang adik) pasti akan ke sana membersihkan pusara ayah di pagi Aidilfitri. Hanya iringan doa yang mampu saya hadiahkan dari jauh, Al-Fatihah.

Monday, July 23, 2012

ten to nine || ten past nine

Ia adalah masa.
Ten to nine = Sepuluh minit sebelum pukul sembilan = 8.50
Ten past nine = Sepuluh minit selepas pukul sembilan = 9.10
Half past nine = Setengah jam selepas pukul sembilan = 9.30

Masa mula-mula dulu, selalu juga keliru. Tapi sekarang dah makin biasa. Di sini saya ingin kongsikan satu peristiwa yang saya alami masa awal-awal datang ke UK.

Saya buat appointment dengan klinik. Staf tu buat appointment untuk saya pada pukul "ten to eleven". Masa tu dah pelik, eh, takkan lama benar temujanji tu hingga sejam. Maka saya dah terpacul tempat reception pukul 10. Lama staf reception cari maklumat temujanji saya pada pukul 10. Tentu sekali tiada sebab sepatutnya saya kena giliran pukul 10.50. Nak tunggu lama lagi, maka saya balik dulu :)


Tuesday, July 17, 2012

sakit gigi

Dua minggu lepas dah jumpa dentist untuk tampal gigi. Dah rasa lega sebab dah dapat dentist setelah beberapa minggu mencuba. Kat sini agak sukar untuk cari dentist. Nak masuk dalam senarai menunggu pun susah.

Hati berbunga gembira bila dapat panggilan dari Dentistry@BD4. Saya terus buat temujanji. Semasa temujanji kali pertama, doktor cuma memeriksa gigi. Buka periksa ala kadar, tapi siap x-ray lagi. Kali pertama dalam hidup x-ray gigi :)

Dari x-ray tu boleh tengok susunan gigi saya. Doktor kata gigi saya sangat rapat. Sebab tu mudah rosak kalau tak jaga dengan baik. Kena selalu guna floss gigi untuk keluarkan sisa makanan di celah gigi. Saya mengaku - saya tak suka guna floss gigi. Nampaknya kena rajinkan diri untuk floss gigi supaya gigi saya kekal hingga ke tua :)

Temujanji kali kedua baru doktor tampal gigi saya yang berlubang tu. Sebagai rekod, ia adalah kali ketiga gigi yang sama ditampal. Nasib baik masih boleh diselamatkan. Kalau tampalan kali ni tak berjaya (masih lagi sakit), doktor bagi dua pilihan - cabut atau tanam akar (canal root). Kos untuk tanam akar sekitar £120. Rasanya lebih kurang sama dengan kos tanam akar kat Malaysia, kan?

Proses tampalan tu ambil masa dalam 30 minit juga. Mula-mula doktor bius dulu tempat nak tampal. Pengalaman sebelum ni, tak pernah pula dibius sebelum tampal gigi. Lain pula prosedur kat sini. Doktor kata,   "Tooth is a life part. That's why we need to give numbness before procedure". Saya cuma anggukkan kepala tanda mengiayakan.

Sementara menunggu kawasan dibius kebas, doktor membersihkan gigi saya. Habis licin semua karang gigi dikerjakan oleh doktor. Gigi terasa ringan sebab karang gigi dah tiada. Lepas tu proses tampalan dijalankan. Doktor mengeluarkan tampalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru. Doktor pesan, "If you want me to stop, raise your left hand".  Ada sekali saya angkat tangan sebab mulut rasa sangat lenguh.

Apabila selesai, doktor memberi beberapa peringatan - jgn makan dalam tempoh sejam, jangan makan makan keras di bahagian tampalan, makan makanan yang lembut dan lain-lain. Alhamdulillah, hingga hari ni bahagian yang ditampal tidak mendatangkan sebarang masalah.

Apa yang nak cerita hari ni ialah gigi lain pula yang sakit. Hari tu gigi sebelah kiri bahagian bawah, kali ni gigi bahagian yang sama sebelah atas pula. Dugaan... dalam dilema, nak jumpa doktor atau tunggu sakit gigi kuat baru jumpa?