Klik di sini....

Monday, August 20, 2012

Perasaan bercampur aduk

Ini adalah kali pertama saya dan keluarga beraya di Bradford, United Kingdom. Sambutannya sangat berbeza 360 darjah dengan sambutan di negara tempat tumpah darahku.

Tentu sekali ia sambutan tanpa ahli keluarga. Sambutan tanpa ummi (ibu saya), mek (ibu mertua), ayah (ayah mertua), adik beradik, ipar duai, sanak saudara mahupun sahabat terdekat. Hanya telefon dan panggilan video (skype) yang menghubungkan kami.

Bayangkan perasaan saya apabila ummi hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat wajah kami di komputer menerusi skype. Tiada sepatah kata yang mampu ummi ucapkan. Sebagai anak, saya cuba menjadi setabah mungkin. Walaupun hati kecil saya menangis di dalam, saya cuba mempamerkan wajah yang biasa saja. Saya mahu ummi tahu bahawa anaknya seorang yang kuat.

Alhamdulillah, tahun ini saya dan anak-anak buat pertama kalinya berpeluang melakukan solat sunat Aidilfitri. Ya, ia adalah kali pertama bersama anak-anak. Baru saya sedar bahawa sudah tujuh tahun berturut-turut saya tidak menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tradisi keluarga mertua (setiap tahun, saya akan beraya di rumah mertua - tiada sistem giliran), anak menantu perempuan akan berada di dapur untuk menyiapkan juadah raya kepada tetamu dan menyiapkan anak-anak dengan busana raya.

Perasan syukur kepada Yang Esa tidak putus-putus diucapkan kepada-Nya. Saya tidak akan solat sunat Aidilfitri di negara sendiri, tapi berpeluang melakukannya di negara orang. Berada dalam kalangan ahli jemaah yang berbilang warna kulit juga membuatkan saya tidak putus-putus memuji kebesaran-Nya. Apatah lagi dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama anak-anak.  Ia kenangan sangat manis yang pernah saya lalui. Terima kasih Allah.

Adik dan kakak sedang dengar khutbah raya
Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, amin!

Tahun ini juga, saya tidak mengunjugi pusara ayahanda. Entah bagaimana agaknya rupa pusara ayah sekarang? Tapi saya tidak risau sebab abang-abang (saya ada dua orang abang) dan adik-adik (saya ada lima orang adik) pasti akan ke sana membersihkan pusara ayah di pagi Aidilfitri. Hanya iringan doa yang mampu saya hadiahkan dari jauh, Al-Fatihah.

5 comments:

saly said...

oo... jauhnya akak sekeluarga duk UK.. sedih kn,pagi2 raya ingat family sndiri.. tkpe,sskali brya d tmpat org,mmbuatkn prasaan kasih syg kt makin kuat buat family yg jauh..moga dilain tahun akak dpt braya bsma family di tanah air semula... :)

nurbijen said...

Insya Allah, lagi dua tahun beraya tempat orang - kana belajar jadi kuat :)

Ayu said...

U r strong,dear. Takpe, keluarga mesti faham.insyaallah, berlipat kali ganda pahala yg Allah berikan buat u, dear.smoga berbhgia slalu.

Mama4hero said...

Bestnye dapat pergi negara org..
sebenarnya dah lame m3h nak tanye kak nur..
err..kak nur study/kerja kt sane& berapa lame..

nurbijen said...

YM: Amin.. Insya Allah, hope to be as strong as you :)

Fairus: saya belajar kat sini sebenarnya, dah setahun 3 bulan pun... Insya Allah, tinggal lagi dua tahun untuk siapkan, doakan akak yer :)