Klik di sini....

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Monday, March 13, 2017

Anak didik sulung

Ada pelajar yang hantar gambar ni di laman facebook...
Sekitar tahun 2003/2004.
First batch yang saya ajar lepas graduate.
DSK, KTB.

Friday, May 8, 2015

Sorotan kajian yang kritis!

Ramai kawan-kawan yang sedang buat PhD yang terima teguran dari penyelia mengatakan bahawa cara penulisan literature review tidak cukup kritis. 

Penerangan dari Dr OT ni sangat menarik dan mudah untuk difahami. 

Nak tahu camner nak hasilkan literature review (LR) yang KRITIS? Jgn sebarang kritik... ntah2 kajian anda lagi hancuss !!

Baca, teliti dan SHARE ! Kalau tak larat nak baca.... gi buat kerja lain dulu..

Ini contoh ringkas satu paragraph .... yang lazim ditemui dalam tesis:

" Ali (2009) menyatakan ciri-ciri tertentu perlu diberikan perhatian dalam membangunkan aplikasi multimedia. Sementara itu Siti (2007) menyatakan ciri animasi perlu ada dalam persembahan multimedia yang bercorak interaktif. John (2008) pula menyatakan bahawa perisian multimedia memerlukan simulasi yang mudah difahami.

Kajian oleh Tan (2010) seterusnya mendapati koswer multimedia di sekolah tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar kerana masalah teknikal. Akhirnya Siti (2007) membuktikan dalam kajiannya bahawa multimedia lebih diminati oleh pelajar yang lemah berbanding dengan pelajar yang pandai"

La... tu macam meringkaskan kajian lepas jer....masing2 dgn terminologi masing2... jgn main cantum jer dalam satu paragraph... kritis tu bukan macam tu..

Abis?

Lom abis lagi. First, U kena baca, faham dan ANALISIS artikel2 tu dgn cari point yang conceptualnya sama dengan kajian U then perlu SYNTHESIS (combine) dalam ayat U sendiri, dgn idea, bahasa dan dalam konteks kajian sendiri ....

Katakan U analisis 5 artikel berikut dan dapati isi penting yang perlu di sintesis kerana isi tersebut berkaitan dengan ciri-ciri bahan multimedia yang u nak bangunkan...wpun kesemua artikel tersebut berbeza2 tajuk dan kontek tetapi bkaitan multimedia.

1. Ali (2009) - Perisian multimedia perlu memenuhi keperluan pelajar dengan berbagai stail pembelajaran

2. Siti (2007) - Animasi komputer berpotensi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan

3. Tan (2010) - Perisian komputer interaktif terkini dibina berdasarkan teori kognitif multimedia Mayer (2009)

4. Chee (2009) - Pembelajaran multimedia dibina berasaskan teori konstruktivis

5. John (2008) - Persekitaran 3D menyediakan peluang visualisasi, interaksi dan eksplorasi konsep abstrak seperti konsep sains

Mensintesis tu camner bro?

Mensintesis tu bermaksud menulis semula dgn ayat dan perkataan sendiri secara integrate konsep2 yang sama dari artikel yang U baca dan dengan cara itu juga akan menghasilkan LR yang konsisten dan koheren dgn kajian U sendiri dan seterusnya membawa pembaca memahami kaitannya dengan kajian lepas walaupun dalam konteks asal artikel, berbagai-bagai terminologi yang berlainan digunakan tetapi secara CONCEPTUALnya membawa MAKNA YG SAMA dgn kajian U.

Kalau U dah analisis dan sintesis... maka artikel2 yang ko rujuk tu tidak lagi dibincangkan secara terasing lagi tetapi disintesis dalam konteks kajian U... barulah dikatakan kritis dalam menulis LR....

Ingat, kritis bukan kritik spt yang difahami sebahagian PG sehingga terkeluar statement kajian X (2000) tidak buat ini... kajian Y(2001) tak buat itu... sedang mereka adalah expert yang published dalam high impact journals dan melalui proses review yg ketat... abis kajian U plak camner ? Ntah2 kajian u lagi hancuss... compare dgn kajian lepas tersebut !

Berikut contoh ayat dummy hasil sintesis kajian lepas, sesuai dengan kajian U yang berkaitan dengan pembinaan bahan multimedia bagi meningkatkan kefahaman pelajar:

"Pembinaan bahan multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia dalam meningkatkan kefahaman pelajar terus menjadi persoalan. Kajian lepas menyarankan perlunya bahan multimedia mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran 3D (John, 2009), interaktif (Tan, 2010), memiliki unsur animasi (Siti, 2007) serta mengambilkira stail belajar pelajar yang pelbagai (Ali, 209). Aplikasi teori konstruktivis pula hendaklah menjadi asas pembinaan bahan multimedia (Chee, 2009) kerana penekanan kepada aspek kognitif dalam persembahan bahan multimedia telah dibuktikan keberkesanannya oleh teori multmedia Mayer (2009) dalam meningkatkan kefahaman pelajar.

Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada pembinaan bahan multimedia dengan ciri-ciri konstruktivis yang kemudiannya dibina dalam persekitaran 3D seperti saranan John (2009) yang menegaskan bahawa pembinaan bahan multimedia dengan persekitaran 3D berupaya menvisualisasikan konsep abstrak dalam pembelajaran, sekaligus memudahkan kefahaman pelajar"

Bila U baca ayat di atas, tak der ler macam U meringkaskan karangan atau spt membaca buku teks .... tapi pembaca seperti mendengar U berkata2 (author's voice... perghh)... siap dengan idea ko, diselit dengan penegasan ko sendiri dengan sokongan citation yang mantap....semua ditulis secara konsisten dalam konteks kajian sendiri ... iaitu menggunakan keyword yang sama wpun keyword tersebut LANSUNG TAK ADA dalam petikan artikel asal yang ko analisis sebelum ko sintesis !!

Kesimpulan:
Analisis (perlu pre-knowledge) + Synthesis (perlu creative) = Critical review

OT - mak ai....


Copy and paste dari Facebook Dr Othman Talib.

Friday, March 6, 2015

Write up manuscript for international journals

One of my friends share this on her FB wall.
Then I would like to share it here...
Very useful guide to bear in mind while writing an article journal.

Part 1: Six things to do before writing your manuscript.

Part 2: 11 steps to structuring a science paper editors will take seriously.

Part 3: Writing the first draft of your science paper - some dos and don'ts.


Happy writing all!

Thursday, April 10, 2014

No Pain, No Gain!

Hari ni nak tempek printscreen perkongsian pengalaman dari FB Doctorate Support Group (DSG).


Sangat memberikan inspirasi di kala saya sangat memerlukan motivasi. Terima kasih Dr Hidayah atas perkongsian :)

Friday, March 28, 2014

Kekayaan, kejayaan atau kasih sayang

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM. 
ALLAHUAKBAR / ALLAH MAHA BESAR

Perkongsian dari Facebook.

Friday, September 27, 2013

Anak termometer vs anak termostat


Anak Termometer ... Reaktif.
Anak Termostat ... Proaktif

Didik anak yang berpendirian, bukan ikutan sekitaran.
Dia memimpin dirinya, bukan "dipimpin" oleh kawan-kawannya !
Dia tidak mudah ikut mood sekeliling.

Malangnya kekadang, ibubapa pun bersifat TERMOMETER !
Apa buktinya ?

Anak Tahun 4 atau 5 atau 6 minta telefon, dia pun beri.
Kenapa ? Sebab ibu ayah lain pun bagi telefon kat anak,
takkan dia tak bagi. Nanti orang kata pula.
Jangan bertindak atas dasar apa "APA ORANG KATA" !

NANTI mak bapak yang lain ramai-ramai ...
- izinkan anak perempuan mereka bawa boyfriend ke rumah
- izinkan anak mereka ke sekolah, walaupun rumah cuma 1 km
- izinkan anak mereka bergame computer hingga larut malam
- izinkan anak mereka ada boyfriend/girlfriend ...

KITA NAK IKUT JUGA SEPERTI IBUBAPA DI ATAS 'TAKUT APA ORANG KATA"
Ya, bunyi sinis. Bunyi perli. Betul ... apa salahnya untuk kebaikan.

Renung dan fikirlah.


Sumber: Facebook, pekongsian dari Dr Shukri Abdullah

Tuesday, September 3, 2013

Pergerakan harga minyak di M'sia 1990-2013

PERGERAKAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA SEMENJAK 1990-2013

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78) 
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Era Dr Mahathir:- (1990-2003) 13 tahun Kenaikan sebanyak 46sen.

Era Abdullah Ahmad Badawi:- (2003 - 2009) 5 1/2 tahun - kenaikan sebanyak 1.38sen & penurunan sebanyak 90sen.

Era Mohd Najib Abdul Razak (2009 - 2013) 4 tahun - kenaikan sebanyak 25 sen

Fenomena kenaikan harga barang pernah terjadi di zaman Rasul saw dan sahabat-sahabat r.a. bertanyakan kepada Baginda saw:-
“Wahai Rasulullah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang.”

Jawab Baginda saw; 
"Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Maha Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah)

(1) Sesungguhnya Allah Dzat Yang Mentakdirkan Semua Harga. (Tauhid Af'al)

(2) Sesungguhnya Kenaikan Harga Tidak Mempengaruhi Rezeki Seseorang.

Rezeki, ajal maut & jodoh pertemuan adalah rahsia ALLAH. Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah maupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali tidak akan mengganggu rezeki kita yang telah ditetapkan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Surah Asy-Syuura, ayat 27)

والله أعلم بالصواب

C&P dari facebook

Thursday, May 2, 2013

Seni Ikhlas

1. Tidak menafikan hak - contoh: walaupun seorang isteri itu ikhlas berbakti kepada suaminya, tetapi ini tidak bermakna suami boleh mengabaikan hak2 (isteri dan sebaliknya).

2. Tidak menafikan kemanusiaan - contoh sekiranya kita jadi penjamin dengan ikhlas, tapi orang yang dijamin tidak pula boleh mengambil mudah hingga tergamak melihat kita diheret ke mahkamah.

3. Bukan langsung tak boleh bercakap/bercerita tentang kebaikan yang telah dilakukan selagi kita berniat agar dapat dicontohi oleh orang lain dan pada masa yg. sama mampu menjaga hati drp perasaan riak/ujub.

4. Bukan langsung tak boleh nak tunjuk - ini memudahkan orang melihat contoh (pelaksanaan). Pastikan juga hati mampu dijaga (spt no.3)

5. Bukan boleh menceritakan semua perkara - contohnya kesilapan masa lalu kita - contohnya kita pernah berbuat maksiat (tapi dah bertaubat). Tak perlulah dihebahkan kerana ini boleh menimbulkan perasaan negatif orang terhadap kita. Kalau ALLAH dah tutup keaiban kita, jangan pula kita hebahkan pada orang lain.

IKHLAS - sifat penentu amal kita diterima ALLAH. Juga sifat yang melemahkan syaitan utk. menggoda kita. Namun,

Jangan tertipu dengan ikhlas - amalkan 5 seni ikhlas di atas.

Semoga ALLAH memasukkan kita ke dalam golongan org2 yang ikhlas.

(Motivasi Pagi TV3 - 19.1.2013)...


Sama-sama kita amalkan seni ikhlas ni dalam kehidupan kita seharian. 

Tuesday, April 9, 2013

Doa amalan supaya anak mudah solat

Lagi perkongsian dari Facebook....



Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh.. dibebel.. dipukul...

Anak perempuan saya umur 12 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat... cakap tipu pulak...disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya.

MasyaAllah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon taubat pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada satu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.... Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

InsyaAllah... Jom Amal..


Tuesday, February 19, 2013

Tujuh perangkap semasa menuntut ilmu


TULISAN PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA



1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



Friday, January 25, 2013

Empat tanda hidup tak berkat


Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA (Na’uzubillah). Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. 

Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. 
Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Thursday, January 24, 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca budiman...

Sunday, January 20, 2013

Sikap positif

SIKAP POSITIF - PENENTU KEJAYAAN

Tanda2 orang positif:
1. Yakin terhadap diri sendiri
2. Mampu melihat positif terhadap orang lain
3. Dapat melihat peluang dalam setiap keadaan
4. Fokus pada penyelesaian, bukan pada permasalahan
5. Dorongan tinggi untuk memberi.
6. Seratus peratus memikul tanggung jawab

Jom sama2 kita jadi orang positif!

Sumber: Facebook

Saturday, January 12, 2013

Kisah kumbang

Lagi perkongsian dari facebook...

Seekor kumbang cuba keluar dari bangunan. Dia menghentak dirinya pada jendela kaca yang tertutup berkali-kali hingga tersangat penat & tak bermaya, disangkanya itu jalan keluar. Dek terlalu penat, dia berhenti menghempaskan diri ke jendela kaca dan merayap lemah ke bahagian dinding berdekatan jendela tersebut.

Beberapa minit merayap, tiba-tiba dah tiada dinding. Oh! Pintu rupanya ... tak berapa jauh dari jendela tadi. Dia terbang keluar dengan girang sekali!

Kadang2 kita cuba mencari pintu keluar dari sesuatu masalah dengan jalan yang salah, menipu pandangan dan mengelirukan. Tanpa disedari, rupanya pintu keluar sebenar hanya berdekatan dengan pintu tersebut. Justeru, jangan tertipu, keliru dan putus asa. Pintu penyelesaian hanya berada di sebelah kiri/kanan kita sahaja! Ambillah sedikit masa utk menoleh ke kiri/kanan sebelum terlalu penat... Ambil masa utk cari alternatif lain!

Terima kasih cik rah di atas perkongsian yang sangat bermakna ni. Dalam melakukan research juga, ia boleh diaplikasikan. Bila buntu, kena take break to reflect and seek other alternatives!

Note to myself :)