Klik di sini....

Showing posts with label catatan PhD. Show all posts
Showing posts with label catatan PhD. Show all posts

Thursday, August 24, 2017

Kenangan UoB

UoB: Univresity of Bradford

Ambil gambar dari FB supervisor untuk kenangan di blog.

Ni gambar masa sambutan hari lahir, Hamad.  (29 Ogos 2014)

Makan-makan dengan ahli kumpulan penyelidikan, CVC (Computer Visual Computing)...
18 Dec 2014.

Bergambar selepas peperiksaan lisan (Viva-voce).. 15 Sept 2015.

Saturday, June 6, 2015

Tulis Tesis Cepat Dr OT

Cilok gambar dari Facebook Dr OT sebagai kenangan...


Ya, setuju...
Banyak benar perkongsian Dr OT yang membantu saya menulis dengan cepat...

Buat kawan-kawan yang sedang berjuang... 
Kalau ada peluang, pergi lah ke bengkel beliau...
Banyak sangat input yang bermanfaat...
Tak pening kepala nak layan karenah formatting dalam Word.
Juga cara cari literature dgn berkesan.
"Lepas ni jangan dah guna kaedah makcik-makcik", pesan Dr OT di akhir bengkel...

Wednesday, December 10, 2014

Re-enrollment

Setiap tahun, kena enrol secara online di e-vision....
Alhamdulillah, dah selesai enroll untuk tahun akhir pengajian...

Lepas jer selesai enrol, terus dapat email ni...
Sebagai pemegang Visa Tier 4, kena hadiri tiga kali checkpoint. Biasa akan dapat email untuk hadiri checkpoint tersebut.

Yuran pengajian untuk tahun akhir pula adalah seperti berikut:
Rasa kejap jer dah tahun akhir.
Tak sabar to end the game.
Tak sabar nak balik M'sia.
Insya Allah, semoga permudahkan urusan saya dan kawan-kawan yang sedang berjuang....

Friday, November 7, 2014

Kali pertama....

...kena present kat research seminar kat kumpulan Centre for Visual Computing (CVC).
Dah beberapa kali saya cuba menolak sebab belum bersedia.
Tapi akhirnya saya terima sebab teringin jugak nak bercakap kat depan ahli kumpulan sambil berkongsi tentang penyelidikan yang saya sedang buat.
Jadi kelmarin, 6 Nov 2014 giliran saya pula :)

Research seminar ni diadakan dua minggu sekali pada hari Khamis jam 11.00 hingga pukul 12 tgh hari.
Ni antara ahli2 dalam kumpulan penyelidikan CVC...
Gambar cilok dari facebook Prof Hassan.
Sebenarnya ada lagi dua orang ahli perempuan yang tiada dalam gambar.
Yang lain semua lelaki.
Computing memang sinonim dengan kaum adam kot.
Tapi mereka semua sangat sporting dan tak lokek nak berkongsi ilmu dan juga pengalaman.
Jadi tidaklah rasa kekok sangat berada dalam  kalangan mereka :)

Berbalik pada presentation saya kelmarin.
Memang saya tak sempat nak buat persediaan sangat.
Pagi tu baru siap slide presentation sebab tiba-tiba malam tu kena gastrik pula.
Menyucuk-nyucuk rasa ulu hati.
Dugaan sungguh.
Nasib baik bangun pagi tu rasa sihat jadi saya teruskan sediakan slide.

Tak lama pun saya present.
Dalam 35 minit.
Penatnya kena cakap english lama-lama.
Nasib baik tak cramp lidah sbb asyik duk tergeliat jer... keh keh keh.

Masa mula2 present, sedikit lega sebab semua kawan2 yg buat PhD dan penyelia jer yang ada dalam tu.
Tak lama lepas tu, lepas seorang demi seorang masuk hingga nak penuh bilik.
Yang buat saya bertambah gugup, internal examiner (Prof Rami) semasa saya transfer tempoh hari juga hadir.
Lepas tu dah tak boleh fokus dengan baik.
Mula lah cakap ikut sedap mulut jer lepas tu... Nasib baik tak cakap melayu jer.... huhuhu

Lepas present, seperti biasa ada sesi soal jawab.
Prof Rami ada tanya dua soalan.
Dua-dua soalan adalah soalan yang sama dia  tanya masa transfer.
Saya cuba jawab, tapi lepas saya explain penyelia pula yang buat penambah baikan.
Beri lebih penjelasan,
Rasanya kena catat soalan-soalan tu kat blog bila ada masa.
Soalan spot bila viva nanti rasanya.

Ada juga yang bertanya soalan semasa saya tengah present.
Tapi kebetulan saya dah ada jawapan dalam slide berikutnya.
Advance sungguh, tak sempat nak explain dah tanya soalan.
Tapi bagus juga sesi interaktif mcm tu :)

Tak sangka, lepas tu ramai juga puji pasal presentation tu walau saya rasa boleh buat lebih baik daripada tu.
Kat sini mereka tak kisah sgt pasal broken english, janji benda yg kita nak sampaikan tu jelas.
Ada kawan yg background Life Science juga gembira sebab dia kali pertama attend research seminar CVC di luar bidang dia tapi boleh faham pasal penyelidikan yang saya sedang jalankan.
Hingga ke hari ni, mereka masih bercakap pasal presentation semalam.
Belum putus lagi terima ucapan tahniah dari kawan2.
Alhamdulillah, seronok juga bila dapat sokongan dan feed back yang positif.
Memang satu pengalaman yang cukup bermakna :)


Friday, August 1, 2014

Hidangan raya

Salam lebaran buat semua...
Hari ni dah masuk raya ke-4.
Tentu sekali ramai yang masih memenuhi jemputan rumah terbuka.
Tapi ini lah santapan di "rumah terbuka" bagi seorang pelajar...
Santapan ilmu...
Inilah dinamakan pengorbanan.
Tolak tepi dulu keseronokan berhari raya.
Bila habis belajar, boleh la raya puas-puas :)
Harapnya ini raya terakhir di negara orang.
Rindu M'sia sgt2.
Doakan kejayaan saya di sini.

Saturday, June 14, 2014

VC Visit

Jumaat beberapa minggu lepas, 30 Mei 2014, pusat penyelidikan di mana saya ditempatkan iaitu Center of Visual  Computing (CVC) menerima kunjungan dari Naib Canselor Uni Of Bradford (Vice Canselor - VC). Menurut supervisor (SV) saya, bukan senang dapat peluang jumpa VC macam ni. Peluang sekali dalam lima tahun. Jadi kena ambil peluang yang diberikan sebaiknya. Setiap ahli penyelidik (staf, post-doc dan research student) kena sediakan poster berkaitan penyelidikan masing-masing.

VC dijangka tiba pukul 9 pagi. Seawal jam 8.30 pagi saya dah mula standy dalam makmal. Kononnya nak buat mock presentation dengan kawan2 yg lain, tapi tak sempat. Hari Khamis tu dah buat mock presentation sekejap dgn Prof, tapi mmg byk yg tak jawab. Entah kenapa otak tetiba blur. Terkejut kot. Prof cakap pukul 2, mock presentation pula pkl 3. Tapi bagus juga Prof buat sesi pre perbentangan tu. Jadi kita boleh bersedia dgn jenis soalan yang bakal ditanya.

Berbalik pada lawatan VC tadi. Pukul 9.10, VC sampai di bilik mesyuarat. Orangnya simple dan dah agak berumur, tapi nampak sangat bertenaga. Baru saya tahu yang VC ni baru dilantik pada October 2013. Sebelum ni, beliau berkhidmat di Universiti of York. Beliau menerangkan tujuan kedatangannya melawat center kami. Katanya, salah satu tugas VC adalah utk mempromosikan universiti di mata dunia. Jadi dia kena ambil tahu perkembangan2 terkini dalam university dan penyelidikan2 yang sedang dilakukan. Sebab tu dia sendiri turun melawat kesemua pusat pengajian dan pusat penyelidikan yang ada.

Tak lama beliau berucap. Dalam 45 minit rasanya. Kemudian SV saya selaku Director of CVC memberi taklimat serba sedikit tentang sejarah CVC dan pencapaian2 yang telah dicapai oleh CVC. CVC ni masih baru rupanya. Ditubuhkan pada October 2010. Walaupun baru, jumlah geran penyelidikan yang diterima telah melebihi berbillion pound. Terbeliak biji mata saya tgk angka2 yang dibentangkan.

Selepas taklimat dari director CVC, majlis diteruskan dengan jamuan ringan. Sedap kek coklat yg disediakan. Selesai makan-makan, VC memulakan lawatan ke poster2 yang telah ditampal. Semua sekali ada empat bilik utk pameran poster. Masa pembentangan di bilik yg pertama, saya ambil peluang utk kembali ke bilik bagi mempersiapkan diri utk sesi pembentangan.

Setengah jam kemudian, saya kembali ke bilik yang pertama lagi. Rupanya baru pembentangan utk poster yang ketiga. Saya dah mula cemas bila tgk gaya VC bertanyakan soalan. Memang beliau cuba juga faham tentang penyelidikan yang kami jalankan. Selagi dia tak faham, selagi itulah dia akan bertanyakan soalan. Tengok situasi sebegitu, cukup utk buatkan kepala lutur saya menggigil. Apalah nasib saya nanti. Jadi saya tak tunggu lama, baik saya tenangkan diri dalam makmal sendiri.
Pukul 12 tgh hari, bayang VC belum kelihatan dalam bilik pembentangan kami. Ingatkan kami tak perlu present sbb masa lawatan sepatutnya hingga pukul 12 tgh hari. Harapan musnah bila VC muncul dalam bilik kami 15 minit kemudian.

Satu persatu pelajar PhD kena present. Saya yang akhir sekali. Alhamdulillah tiba giliran saya Allah mempermudahkan urusan saya. Pembentangan berjalan dengan lancar. VC mudah faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Perasaan gembira bila VC memberikan ringkasan apa yang dia faham tentang projek saya. Rasa seronok pun ada bila VC memberi respon yang baik tentang projek yang saya jalankan. Rasa seronok juga bila dengan persetujuna SV, VC beritahu yang saya boleh dapat PhD dengan projek ni. Insya Allah, semoga dipermudahkan :)

Thursday, May 1, 2014

AQPO meeting

AQPO adalah singkatan pada Academic Quality and Partnership Office. Gigih snap bunting tapi jadi kabur la pulak...
Kalau kat M'sia, macam MQA la kot. Agensi yang menjaga standard pendidikan tinggi di M'sia. Dari MQA la, banyaknya dokumentasi yang kena sediakan (teringat betapa sibuknya masa kerja dulu nak sediakan dokumen-dokumen tu).

Rupanya kat sini pun sama. Ada standard yg universiti kena ikut berdasarkan dokumentasi yang universiti dah buat. Jadi pihak AQPO datang utk menilai sejauh mana kita ikut segala dokumentasi tersebut. Mencapai standard atau tidak. Memenuhi keperluan pelajar atau tidak.

Tapi kali ni saya pula yang mewakili suara pelajar. Ingatkan volunter apa masa dapat jemputan semalam. Nak tolak, kesian pula kat Rona. Jadi angguk aje la tanda setuju. Rupanya mewakili pelajar postgraduate tentang pengalaman belajar di sini. Kena cerita la dari segi supervision, polisi universiti, dan macam-macam lagi.

Bila dengar pelbagai masalah pasal supervision, rasa insaf kejap. Supervisor saya walau nak kata perfect sgt tak la kan. Tapi dia selalu ambil berat tentang research progress dari masa ke semasa. Walau kadang-kadang saya pula yg stress bila supervisor asyik nak tgk result sahaja. Tiap kali jumpa, mesti kena tunjuk result. Dah la jumpanya setiap minggu. Jadi mmg setiap minggu kena fikir result apa yg nak tunjuk utk mesyuarat mingguan.

Alhamdulillah, part supervision boleh dikatakan saya bertuah berbanding yang lain yang mengalami pelbagai masalah. Ada yang kena survive sendiri sepanjang 4 tahun buat PhD. Ada yang tiba-tiba supervisor bertukar ke universiti lain. Ada juga yg buat dengan supervisor yang tiada kepakaran. Sedih pula saya mendengarnya.

Tapi sebelum meeting tu, dapat free lunch dulu. 
Stail lunch kat sini, air kena bancuh sendiri. Boleh pilih nak bancuh teh atau kopi. Kalau makanan pula, biasa saya ambil yang vegetarian aje la. Walau namanya lunch, bukan makan berat pun. Yang terhidang cuma sandwich dan kek jer. Tetiba rindu nak meeting kat M'sia pula. Lepas meeting kalau time lunch, harus dapat makan nasi minyak atau nasi ayam. Yang lebih tu, siap boleh tapau lagi.... hihihi, memang kenyang hingga ke malam penangan meeting!

Friday, December 13, 2013

Muak

Baru lepas jumpa penyelia. Lama juga meeting hari. Hampir 40 minit.

Selalu kena gelak bila saya cerita pasal teknik yg saya guna. Empat hari nak extract satu muka, mahu tak kena gelak. Orang, lain satu jam pun dah siap. Then, kami bincang la, mcm mana nak overcome masalah tu. Mula2 risau dah takut kena buat semula. Nasib baik cuma sedikit penambahbaikan yang kena buat.

Memang dan muak main dgn benda ni...
Sampai dalam mimpi pun terbayang-bayang muka orang....

Tapi kena la telan juga. Sabar Nur... sikit lagi. Mungkin nampak muka saya yang sgt tension, penyelia cuba memujuk, "Don't worry Nur... You're on the right direction. Your result today are very significant. You just need a little adjusment on the algorithms."

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Berikan aku petunjuk. Amin amin amin...

Monday, October 28, 2013

viva MPhil to PhD


Baru jer terima email ni dari penyelia....

Dear Nur
Professor Qahwaji just confirmed to me that your viva will take place on
Friday at 2pm in his office. 
Best wishes
Hassan 

Terus rasa jantung nak runtuh. Hari Jumaat (1 Nov 2013) ni saya akan menghadapi viva jam 2 petang waktu tempatan (10 malam waktu M'sia).

Sumber - google


Ya Allah, permudahkanlah urusanku.
Doakan kejayaan saya yer kawan-kawan....



Tuesday, August 20, 2013

Perjalanan PhD

Sangat terkesan dengan status ni dari salah seorang rakan di DSG (Doctorate Support Group) @FB.

Jadi saya tahu, bukan saya seorang yang rasa demikian.
Rasa mencabarnya buat PhD.
Rasa susahnya buat PhD.

Sebelum buat PhD, saya suka tanya pengalaman kawan-kawan yang dah dapat PhD.
Macam macam cerita dan pengalaman yang saya dapat.
Ada kawan kata, PhD tu susah.
Ada kawan kata, lalui dulu. Baru tahu macam mana rasa PhD tu.
Ada kawan kata, hidup mati semula pun, dia takkan buat PhD jika diberi pilihan.

Banyak yang menggambarkan betapa mencabarnya buat PhD.
Bila berada di pertengahan perjalanan PhD ni, kadang-kadang saya selalu tanya diri sendiri - boleh ker nak habiskan PhD ni?
Nak tak nak, kena teruskan jugak.
Mesti positif and keep on moving.

Kadang-kadang, rasa sangat keseorangan.
Bila buntu, takde orang yang kita boleh rujuk.
Penyelia pula cuma boleh bagi moral support.
Yang nak kena selesaikan masalah terletak pada bahu kita 100%.
Masa tu rasa diri sangat terkontang-kanting.
Hanya pada Allah tempat mengadu semoga terus diberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan.
Doakan saya yer kawan-kawan.


Thursday, April 4, 2013

Pening || Plane equation given 3 points

Dua tiga hari ni masih pening dengan programming. Salah satu ciri tak bagus menggunakan Mel script progamming adalah berkaitan pembolehubah. Pembolehubah yang kita guna sebelum akan tersimpan dalam memori selagi kita tak quit dari Maya.

Bayangkan bila kita buat pengiraan yang kita terlupa nak ubah semua pembolehubah yang berkaitan. Sepatutnya nilai tersebut masih lagi null dalam current programme tapi ia masih lagi boleh dilarikan  tanpa sebab ralat - sebab mel script hanya menggunakan nilai dari memori tadi. Bila program yang ditulis makin besar, tetiba baru kita perasan silap yang dibuat . Malangnya bila telah tersedar dari kesilapan tu, tika itu lah kita mula merasa pening untuk trace back semua sekali pemboleh ubah yang terlibat.

Ini lah yang saya sedang alami sekarang. dah la esok dah kena mengdapa penyelia. Huwaa, harapnya sempat la debug all the errors hari ni... Ya Allah, permudahkanlah urusanku....

Last but not least, saya tempek kalkulator ni supaya senang nak rujuk dan bandingkan jawapan. Sesiapa nak guna pun sangat dialu-alukan :)

Tuesday, December 11, 2012

Texture in Autodesk Maya

Ingatkan bila dah dapat import texture dalam OBJ files melalui MTL, ia terus automatik boleh digunakan dalam Maya. Tapi kena setting secara manual juga dalam Maya. Sekali lagi gigih dapatkan bantuan En Google dan jumpa dengan pautan ini - Applying image Texture in Maya.

Ilmu baru yang saya belajar dan perlu ingat sampai bila-bila: Guna hot key 4, 5 dan 6. Walaupun nampak ringkas, tapi kesannya sangat signifikan bila bermain dengan rendering.

Hot key 4 is  Wireframe. 
Hot key 5 is Shaded All.
Hot key 6 is Fully rendered
 Maka dapatlah muka berserta dengan texture yang dikehendaki seperti berikut:

Langkah seterusnya kena pilih titik yang akan mewakili boundary curves. Pemilihan titik ini harus dilakukan secara berhati-hati agar the features of the face were preserved. Bahagian ini saya rasakan sangat mencabar sebab saya akan mula bermain dengan MEL script. Doakan kejayaan saya pembaca budiman :)

Friday, December 7, 2012

Insert texture to OBJ files

Dah dua hari saya cuba buat ni.
Ni muka dalam OBJ file.
Agak susah nak buat analisis
maka penyelia suruh masukkan texture dari gambar ni

Tidur malam pun tak lena dibuatnya.
Alhamdulillah, baru saja berjaya membuatnya. Syukur tak terhingga rasanya.
Betul kata penyelia saya, bukan susah pun nak buat. Dia kata, "Maybe you just make a silly mistake."

Dengan bantuan enjin carian google, banyak juga yang membincangkan tentang MTL files iaitu Material Definitions for OBJ files. Dah dapat idea cara nak buat, dan ikut satu persatu cadangan yang diberikan. Perasaan kecewa selalu bertandang tiap kali gagal memasukkan texture yang diingini.

Akhirnya saya jumpa link ni: Minimal Textured OBJ File. Di sini diberikan contoh OBJ, JPG dan MTL files. Saya muat turun semua files dan sangat gembira apabila semua file dapat berfungsi dengan baik. Maka saya cuma perlu salin file-file berkenaan ke dalam folder sedia ada dan rasa sangat bahagia apabila ia memberikan output seperti yang dikehendaki.


Nak tahu tak apa "silly mistake" yang saya buat? Bukan salah saya pun sebenarnya, komputer yang memadai tambah sambungan*.txt di belakang mtl file saya. Patut la dapat error "MTL files not recognize". Huhuhu, sabar sabar!

Wednesday, November 21, 2012

Email yang penuh makna

Semalam saya sangat gembira bila dapat email dari bekas penyelia saya semasa master, Prof Jamaludin. Beliau saya panggil dengan gelaran Prof Jam. Walaupun dah hampir sepuluh tahun berlalu, kami selalu bertanya khabar di antara satu sama lain.

Untuk sambung PhD ni juga, saya banyak mendapat nasihat dari beliau. Setiap kali saya berkunjung ke USM, saya pasti menghubungi Prof dan beliau juga yang akan belanja kami (saya dan kawan-kawan) makan. Beliau saya dah anggap macam ayah - Ayah Penyelidikan :)

Emailnya Prof cuma ringkas, "Bagaimana study sekarang?".

Tapi jawapan saya kepada email tersebut sangat panjang. Semua saya cerita betapa susahnya nak buat PhD. Dari soalan cuma sebaris, jawapan saya pula berbelas baris. Saya tahu, hanya Prof yang betul-betul faham tentang research yang sedang saya jalankan. Kami dari aliran yang sama. Setiap kali ada masalah dalam research, selalu saya teringat untuk email pada Prof. Tapi selalu lupa/ tak sempat. Akhirnya Prof yang tanya perkembangan saya pula :)

Nasihat berikut dari beliau sangat saya hargai...

Itu cabarannya buat PhD. Asyik nak bungkus baju saja. Kena cekalkan hati awak, spend times in labs, tetapi keluarga jangan abaikan, mereka sebagai pemberi semangat. Saya dulu setiap kali tak dapat progress berhenti sekejap sembahyang minta petunjuk. InsyaAllah awak akan berjaya.

Dan bila ditanya macam mana nak study smart, jawapan beliau:

You have to read and read sampai tahu apa nak buat tak semestinya faham sampai keakar umbi. You should have an idea what to do. Cuba lay out the structure dan lihat part mana yang perlu dibuat. By the way pogramming ok tak? Awak doalah setiap masa. I know your feelings and worries but kita beruntung berdoa kepada Allah saja banyak2.

Ya, ia bagai memberi semangat baru kepada saya untuk terus berjuang. Benar, hanya Allah yang Maha Mendengar. Hanya Dia tempat yang saya boleh mengharap. Dia juga tempat yang saya perlu mengadu nasib. Mungkin saya belum lagi berdoa bersungguh-sungguh.

Walau apa pun, terima kasih Prof Jam!

Saturday, October 20, 2012

Pesanan KPM: Datuk Khaled

Ada rakan dalam Doctorate Support Group (DSG) yang letak keratan akhbar ni dalam group. Maka saya kongsikan berita tu kat sini...


Cukup tegas amaran dari Datuk Khaled, Menteri Pengajian Tinggi. Saya agak tersentap dengan ayat berikut, "You go to Britain for six years to do a PhD and come back with nothing?". Dah la penekanan kat situ Britain, agak kena juga dengan status saya sekarang ni walaupun saya baru 9 bulan belajar di UK.

Nampak gaya kena lipatgandakan usaha. Kadang-kadang terfikir, kenapa la saya buat kerja lambat sangat? Atau adakah masa yang berlalu sangat pantas?

Sangat tertekan bila tak dapat siapkan tugasan dalam masa yang diberikan dan tidak berjaya mendapat output seperti yang diharapkan oleh penyelia.

Sekarang pula dah masuk musim luruh. Siang semakin beransur menjadi pendek. Pukul 6 lebih dah gelap sebab dah maghrib. Itu bermakna waktu belajar juga semakin kurang. Bukan senang nak minta izin suami balik lewat semata-mata menyiapkan tugasan yang belum selesai. Suami mana yang tidak risau bila si isteri berjalan dalam gelap keseorangan? Itu lah dilema bila belajar dan memegang status isteri dan dalam masa yang sama, ummi kepada tiga orang anak.

Kalau musim sejuk pula, siang akan bertambah pendek. Pukul 3 pun dah gelap. Itu hanya satu contoh cabaran bila belajar luar negara.

Itu juga belum disentuh karenah penyelia yang pelbagai. Dari sudut penyelia, saya sangat bertuah. Penyelia saya sangat pakar dalam bidang penyelidikan yang sedang dilakukan. Prof juga memberikan komitmen yang tinggi dalam kajian saya. Seminggu sekali wajib jumpa untuk laporkan apa yang dah dapat. Katakan masa perjumpaan tersebut bertembung dengan mesyuarat yang Prof perlu hadiri, beliau sanggup keluar dulu utk jumpa dgn pelajarnya dan sambung kembali bermesyuarat selepas itu :)

Thursday, September 13, 2012

Kenaikan elaun

Alhamdulillah, hati berbunga ria bila baca email ni (walaupun kerja belum lagi siap, esok dah nak kena mengadap penyelia - doakan saya kawan-kawan)...


Assalamualaikum,

Tuan/puan,

MAKLUMAN PELARASAN ELAUN KELUARGA (KADAR BARU UK)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan
kadar baru elaun kemudahan Biasiswa Persekutuan bagi pelajar di United
Kingdom mulai 1 April 2012.

Oleh yang demikian, Seksyen Cuti Belajar kini dalam proses untuk membuat
pelarasan elaun keluarga bagi pegawai - pegawai yang masih menerima elaun
tersebut  dari 1 April 2012 sehingga sekarang.

Sekian untuk makluman.


Terima kasih Allah...

Nota: kena lagi semangat buat kerja ni :)

Tuesday, July 17, 2012

sakit gigi

Dua minggu lepas dah jumpa dentist untuk tampal gigi. Dah rasa lega sebab dah dapat dentist setelah beberapa minggu mencuba. Kat sini agak sukar untuk cari dentist. Nak masuk dalam senarai menunggu pun susah.

Hati berbunga gembira bila dapat panggilan dari Dentistry@BD4. Saya terus buat temujanji. Semasa temujanji kali pertama, doktor cuma memeriksa gigi. Buka periksa ala kadar, tapi siap x-ray lagi. Kali pertama dalam hidup x-ray gigi :)

Dari x-ray tu boleh tengok susunan gigi saya. Doktor kata gigi saya sangat rapat. Sebab tu mudah rosak kalau tak jaga dengan baik. Kena selalu guna floss gigi untuk keluarkan sisa makanan di celah gigi. Saya mengaku - saya tak suka guna floss gigi. Nampaknya kena rajinkan diri untuk floss gigi supaya gigi saya kekal hingga ke tua :)

Temujanji kali kedua baru doktor tampal gigi saya yang berlubang tu. Sebagai rekod, ia adalah kali ketiga gigi yang sama ditampal. Nasib baik masih boleh diselamatkan. Kalau tampalan kali ni tak berjaya (masih lagi sakit), doktor bagi dua pilihan - cabut atau tanam akar (canal root). Kos untuk tanam akar sekitar £120. Rasanya lebih kurang sama dengan kos tanam akar kat Malaysia, kan?

Proses tampalan tu ambil masa dalam 30 minit juga. Mula-mula doktor bius dulu tempat nak tampal. Pengalaman sebelum ni, tak pernah pula dibius sebelum tampal gigi. Lain pula prosedur kat sini. Doktor kata,   "Tooth is a life part. That's why we need to give numbness before procedure". Saya cuma anggukkan kepala tanda mengiayakan.

Sementara menunggu kawasan dibius kebas, doktor membersihkan gigi saya. Habis licin semua karang gigi dikerjakan oleh doktor. Gigi terasa ringan sebab karang gigi dah tiada. Lepas tu proses tampalan dijalankan. Doktor mengeluarkan tampalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru. Doktor pesan, "If you want me to stop, raise your left hand".  Ada sekali saya angkat tangan sebab mulut rasa sangat lenguh.

Apabila selesai, doktor memberi beberapa peringatan - jgn makan dalam tempoh sejam, jangan makan makan keras di bahagian tampalan, makan makanan yang lembut dan lain-lain. Alhamdulillah, hingga hari ni bahagian yang ditampal tidak mendatangkan sebarang masalah.

Apa yang nak cerita hari ni ialah gigi lain pula yang sakit. Hari tu gigi sebelah kiri bahagian bawah, kali ni gigi bahagian yang sama sebelah atas pula. Dugaan... dalam dilema, nak jumpa doktor atau tunggu sakit gigi kuat baru jumpa?

Thursday, June 28, 2012

tips semasa defence proposal

Dapat ni dari Doctorate Support Group (DSG):

"First 5 minutes, you must be able to give the overview of your entire project. If people don't see the BIG PICTURE after 5 minutes, they normally start shutting off themselves. That is why it is always good to start with a clear research framework, in a graphic form.

The last 3 minute, you must be able re-emphasize why your research is relevant and important. Especially in the context of filling the gaps in the existing corpus of knowledge.

Ini adalah permulaan dan penamat yang biasanya boleh 'melembutkan' hati para panel. So they would be less harder to you.

Those are my tips from oratory point of view. Weak presentation can devalue even a very strong research."

Tips yang berguna untuk mempertahankan proposal nanti. Walaupun masih agak jauh perjalanan itu. Tapi suatu masa nanti saya akan melaluinya.


Sunday, May 20, 2012

kata semangat

Duduk negara orang, facebook dan email menjadi medan untuk melepas rindu kepada keluarga dan kawan-kawan. Sungguh, saya mampu menjadi kuat atas dorongan daripada mereka!

Tadi saya berbual di facebook dengan emak saudara. Bila ditanya tentang belajar, saya suka cerita perkara yang sebenar. Belajar di negara orang bukan satu benda mudah- perbezaan bahasa, perbezaan budaya. Dengan bercerita kepada keluarga terdekat, ia mampu memberi saya semangat.

Tanda disedari, air mata saya menitis bila baca kata-kata berikut:

"x po lamo2 panda lah tu...semua benda kita akan bermula dgn x pandai dulu sebelum jadi pandai..jadi, nikmatilah masa x pandai dgn sebaiknya kerana bila kita pandai nanti itu akan jadi detik terindah utk kita ingati dengan senyuman..."

Terima kasih acik...