Dah dua hari saya cuba buat ni.
Ni muka dalam OBJ file.
Agak susah nak buat analisis
maka penyelia suruh masukkan texture dari gambar ni
Tidur malam pun tak lena dibuatnya.
Alhamdulillah, baru saja berjaya membuatnya. Syukur tak terhingga rasanya.
Betul kata penyelia saya, bukan susah pun nak buat. Dia kata, "Maybe you just make a silly mistake."
Dengan bantuan enjin carian google, banyak juga yang membincangkan tentang MTL files iaitu Material Definitions for OBJ files. Dah dapat idea cara nak buat, dan ikut satu persatu cadangan yang diberikan. Perasaan kecewa selalu bertandang tiap kali gagal memasukkan texture yang diingini.
Akhirnya saya jumpa link ni: Minimal Textured OBJ File. Di sini diberikan contoh OBJ, JPG dan MTL files. Saya muat turun semua files dan sangat gembira apabila semua file dapat berfungsi dengan baik. Maka saya cuma perlu salin file-file berkenaan ke dalam folder sedia ada dan rasa sangat bahagia apabila ia memberikan output seperti yang dikehendaki.
Nak tahu tak apa "silly mistake" yang saya buat? Bukan salah saya pun sebenarnya, komputer yang memadai tambah sambungan*.txt di belakang mtl file saya. Patut la dapat error "MTL files not recognize". Huhuhu, sabar sabar!
No comments:
Post a Comment