Klik di sini....

Showing posts with label KPT. Show all posts
Showing posts with label KPT. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Maklumat terkini perhubungan KPT


Letak kat blog biar senang nak rujuk....
Perkongsian rakan dari rakan DSG...

ASMK sahabat sekalian,

Share info.. Saya pemegang biasiswa SLAI dan baru sahaja menghubungi KPT..
Sekarang jika hubungi kementerian, semua akan ke Stop Centre Satu Malaysia bernombor tel: 03-8000 8000.

Unit biasiswa SLAI: 03-8888 1616 (jika nak tanya nombor extension, dan tak boleh buat sambunga. Kena matikan talian dan call direct number)...

Laporan Kemajuan hantar pada: cik Raihana.. tel: 03-8870 6443, email: raihana.zawawil.moe.gov.my (better emailkan laporan kemajuan itu)

Tuntutan kewangan samaada claim for conference, attachment oversea, yuran atau apa2 la kewangan yg nak dituntut, sila hubungi: en ajmi... tel: 03-8870 6344

Jika extend study, cik Diana incharge..permohonan online dan melalui majikan masing-masing.. tp jika ada msalah sila contact cik Diana di talian: 03-8870 6334..

Apa-apa urusan sebut KPM.... update info yg baru saya dapat ..TQ

Terima kasih Maziah Marzuki atas perkongsian :)


Thursday, March 28, 2013

Email penting KPT


** Email dari KPT.. letak kat sini biar senang nak rujuk bila perlu :)

Assalamualaikum wbt, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Para pelajar tajaan Kementerian Pengajian Tinggi yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa, sehingga 28.2.2013 Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi telah menaja hampir 9,000 orang pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran samada di dalam atau di luar negara. Dalam tempoh itu, Bahagian ini telah menerima banyak maklumbalas positif dan negatif berkenaan dengan kaedah penyampaian yang dijalankan.

Sehubungan itu, bagi memantapkan lagi kaedah penyampaian yang dijalankan, Bahagian Biasiswa telah melaksana beberapa tindakan penambahbaikan bagi membantu kami melaksana tugas dengan lebih efisyen. Antara tindakan penambahbaikan yang telah dilaksana termasuklah:

i.             penyaluran elaun sara hidup daripada 3 bulan sekali kepada 4 bulan sekali yang telah dimulakan bagi bulan Feb - Mei 2013;
ii.            mewujudkan talian hotline (03-8888 1616) bagi menjawab segala perkara berkaitan SLAB/SLAI mulai 25 Februari 2013;
iii.           penggunaan email unitipta@mohe.gov.my (bagi semua pertanyaan berkaitan SLAB/SLAI serta penghantaran laporan kemajuan) dan tuntutan@mohe.gov.my (bagi semua perkara berkaitan bayaran termasuklah yuran pengajian, dan tuntutan lain); dan
iv.          penstrukturan semula Unit IPTA dari cara kerja mengikut program kepada mengikut fungsi yang meliputi:

a.    Seksyen Penawaran dan Tajaan;
-      Pertanyaan
-      Permohonan Baru
-      Permohonan Penangguhan Pengajian
-      Permohonan Tukar Tarikh Pengajian
-      Permohonan Menghadiri Persidangan / Kutip Data / Penyelidikan

b.    Seksyen Pelanjutan;
-      Permohonan Pelanjutan Biasiswa

c.    Seksyen Pembayaran;
-      Yuran
-      Tuntutan
-      Elaun Sara Hidup
-      Elaun Tamat Pengajian
d.    Seksyen Fail dan Rekod; dan

e.    Seksyen Pemantauan dan Gantirugi
-      Penghantaran Laporan Kemajuan
-      Tuntutan Gantirugi

Bahagian Biasiswa juga dengan kerjasama Bahagian Sistem Maklumat telah membangunkan satu sistem yang dipanggil Sistem Penajaan Elektronik (eSP) yang boleh diakses melalui capaian esp.mohe.gov.my mulai dari email ini dikeluarkan bagi memudahkan urusan berkaitan:

i.     Permohonan Pelanjutan Biasiswa;
-      Berkuatkuasa mulai email pemakluman ini dikeluarkan (dipohon 3 bulan sebelum tarikh tamat pengajian),

ii.    Pengemaskinian Profil Pelajar;
-      Maklumat Perhubungan
-      Maklumat Bank

iii.   Permohonan Kemudahan PhD;
-      Menghadiri Persidangan / Kutip Data / Penyelidikan

Semoga, penambahbaikan yang dilaksana ini akan dapat melicinkan lagi kerjasama diantara kita semua.

Sekian.

--

Unit SLAB SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi