Di dalam hidup kita seharian Ada persamaan inginan Mencari harta sebanyak mana Masa terdaya
Bila mentari menyuluh bumi Kita pun bangkit dari mimpi Menyambung semula pencarian Terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas Bila yang dimimpi terbukti Dengan kekayaan yang dimiliki Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia Tidak puas dengan yang ada Seolah harta di dunia Bisa bawa ke sana
Kita terlupa harta yang nak di bawa Amalan seharian itu yang pasti harus di hati Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku Tidak berfungsi... di saat itulah Terlihat semua di mana Tempat kita...
Harus diingat... kita hanya musafir Yang didatangkan... hanya sementara Menghunikan alam Dan pasti akan dijemput... untuk pulang Di jemput pulang
Penuh dengan maksud tersirat. Amat indah bila dihayati dengan mata hati.
Ia mengingatkan saya kepada satu slot di ruangan IKIM oleh seorang ustaz (maafkan saya, ustaz yang mana saya dah lupa). Beliau menyatakan ada dua benda yang manusia tidak akan cukup sampai bila-bila.
Pertama, AKAL. Ilmu yang kita ada baru setitik dari lautan ilmu di dunia ini. Oh, alangkah kerdilnya diri ini. Oleh itu, kita digalakkan untuk mencari ilmu sebanyak mungkin hinggakan ada pepatah menyebut, "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".
Dalam dunia akademik, kita digalakkan untuk membanyak sebanyak mungkin penerbitan akademik. Kadang-kadang, semakin saya banyak membaca, semakin kerdil terasa diri. Maksudnya, banyak lagi benda yang saya tak tahu rupanya. Yang paling indah, ia menjadikan kita lebih dekat kepada Yang Maha Pencipta. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Kedua, NAFSU. Kalau nak ikutkan nafsu ini, tentu sekali manusia akan tewas. Yang paling sedih adalah manusia yang tidak mampu menundukkan nafsunya. Dengan kata lain, manusia yang be'Raja'kan nafsu adalah sebenarnya manusia yang telah tewas oleh ujian dunia. Di sini kita harus bijak membezakan di antara keperluan atau keinginan.
Bila dah ada kereta, nak ada kereta yang lagi selesa. Bila dah ada jawatan, nak dapat jawatan yang lebih tinggi hingga sanggup menikam rakan sendiri dari belakang. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tewas ini, Insya Allah.
"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-Mu, Amin...".
Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria
Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu
Hilang semua rasa benci
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini ke depan bertanya berita
Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang
Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma
Tidak tergoyang keimanan ini sayang
Walau selautan kasih yang engkau janjikan kepadaku itu tidak ikhlas
Inginku ketepikan rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria
Yang lebih utama terus membuktikan kukuh kedudukan usung kejayaan
Lagu yang mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Ini adalah lagu favourite saya suatu ketika dulu (dalam tahun 1994). Ia membantu memberi motivasi yang tinggi setiap kali mendapat markah peperiksaan yang tidak memberangsangkan walaupun ia bukan dalam konteks mempunyai kekasih :)
Saya paling suka rangkap terakhir (yang bold itu). Lagi tinggi kejayaan yang dikecapi, kita akan lebih merasa bahagia. Yang penting, bahagia yang dikecapi tentu sekali dapat dikongsi bersama orang yang kita sayang seperti keluarga, khususnya ibu bapa. Kalau dulu, saya cuba memberi yang terbaik untuk membanggakan kedua ibu bapa.
Masih saya ingati, saya pernah ditugaskan untuk membalut hadiah kepada ibu bapa yang anak-anaknya cemerlang dalam peperiksaan. Masa tu tahun 1995, iaitu saya berada dalam tingkatan empat. Saya berazam, pada tahun seterusnya (iaitu 1996) saya sangat teringin agar ibu bapa juga menerima hadiah yang sama dan Alhamdulillah, ianya telah manjadi kenyataan.