Klik di sini....

Saturday, January 12, 2013

Kisah kumbang

Lagi perkongsian dari facebook...

Seekor kumbang cuba keluar dari bangunan. Dia menghentak dirinya pada jendela kaca yang tertutup berkali-kali hingga tersangat penat & tak bermaya, disangkanya itu jalan keluar. Dek terlalu penat, dia berhenti menghempaskan diri ke jendela kaca dan merayap lemah ke bahagian dinding berdekatan jendela tersebut.

Beberapa minit merayap, tiba-tiba dah tiada dinding. Oh! Pintu rupanya ... tak berapa jauh dari jendela tadi. Dia terbang keluar dengan girang sekali!

Kadang2 kita cuba mencari pintu keluar dari sesuatu masalah dengan jalan yang salah, menipu pandangan dan mengelirukan. Tanpa disedari, rupanya pintu keluar sebenar hanya berdekatan dengan pintu tersebut. Justeru, jangan tertipu, keliru dan putus asa. Pintu penyelesaian hanya berada di sebelah kiri/kanan kita sahaja! Ambillah sedikit masa utk menoleh ke kiri/kanan sebelum terlalu penat... Ambil masa utk cari alternatif lain!

Terima kasih cik rah di atas perkongsian yang sangat bermakna ni. Dalam melakukan research juga, ia boleh diaplikasikan. Bila buntu, kena take break to reflect and seek other alternatives!

Note to myself :)

3 comments:

Azian & Zaini said...

tul tu kak, kadang-kadang perkara yang rumit tu adalah perkara yang mudah sebenarnya kan...:)

nurbijen said...

yup, betul tu :)

Sweetamieda. Blo said...

Tq nur coz share cerita ni.mmg byk pengajarannya n sgt berguna utk diri kita seharian