Saya cuma tampal buah kesimpulan cerita beliau di bawah:
TUJUH BUAH FIKIRAN:
- Faktor kualiti masa jauh lebih penting berbanding kuantiti masa
- Kualiti masa boleh dihasilkan dengan meningkatkan kualiti komunikasi
- Meminta pendapat anak berkenaan kualiti kita sebagai ibu bapa adalah sunnah dan salah satu bentuk komunikasi berkualiti
- Untuk menjayakannya, langkah pertama adalah pada membina kepercayaan antara kita dengan anak-anak bahawa kita ikhlas bertanya dan tidak meletakkan syarat pada jawapan
- Pertanyaan hendaklah diungkai kepada pertanyaan-pertanyaan yang kecil, satu persatu dan tidak bersifat konsepsual yang sukar anak fahami
- Berikan peluang untuk anak memikirkan solusi
- Ucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada kesudian anak bekerjasama memberikan maklum balas tersebut.
Saya rasa boleh tanya benda yang sama pada anak-anak. Dalam masa yang sama boleh didik si anak yakin dengan pendapatnya dan berani untuk bersuara.
3 comments:
suka jawapan dari yop.ibu bapa boleh tiru apa yg ustaz tanya kat anak dia. pandangan anak2 kecil selalu nya ikhlas dtg dari hati diorg :)
salam nur
Salam kenal dari tirana aduka
Salam kenal semua.boleh singgah blog saya juga hihi sweetamieda.blogspot.com
Post a Comment