Klik di sini....

Monday, October 15, 2012

Ego

Hari ni nak kongsi tulisan dari blog Ustaz Hasrizal. Saya setuju 100% dengan apa yang beliau tulis di entry yang bertajuk: HAPUSKAN EGO DALAM MENDIDIK KELUARGA. Saya copy dan paste di sini....


Sejauh mana ibu bapa membuka hati dan minda mereka untuk menerima nasihat serta saranan pakar dalam membetulkan amalan, kepercayaan serta salah tindakan kita semasa menjadi suami isteri, juga ibu bapa?
Tidak masuk Syurga manusia hati ego.
Hapuskanlah kepercayaan “anak bini aku, keluarga aku, jangan nak mengajar, aku lebih tahu!” Utamakan Allah, utamakan ahli keluarga, jangan jadi mangsa ego dan nafsu diri.
Apabila anak-anak buat perangai yang kita tidak suka, seorang lelaki mungkin dengan mudah meremehkannya, menganggap itu semua kelakuan yang tidak penting. Lantakkan. Banyak benda besar lain yang lebih kritikal untuk difikirkan. Lebih hidup dan mati, lebih bread and butter!
Tetapi jika kelakuan itu menghilangkan kualiti hidup, mengundang tekanan, balik rumah tidak boleh berehat dan diri kita sendiri mengalami perubahan sikap kepada agresif, murung dan hilang fokus, mana mungkin ia boleh diabaikan. Seorang suami atau bapa perlu menerima hakikat, dari semasa ke semasa, kita mungkin akan diuji dengan sesuatu yang kita tidak punya ilmu dan kemahiran untuk menanganinya.
Sifirnya sama. Carilah ilmu. Belajarlah dengan yang lebih tahu.
 فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُون
“Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri jika kamu tidak mengetahui” [Al-Anbiya' 21: 7]
Buang rasa geram, rasa menyampah. Periksa kembali di mana nilai cinta dan kasih sayang. Pandang 20 tahun ke hadapan, keluarga bagaimana yang kita inginkan?
Ini muhasabah diri saya selepas membawa anak berjumpa Pakar Psikiatri kanak-kanak…
HASRIZAL



Jom para ibu bapa, muhasabah diri kita pula.

Bila anak mula tidak menurut kata bila diberi arahan, tentu ada yang tidak kena dengan tindakan/perbuatan kita (ibubapa).

Apatah lagi jika kita mula mengasuh anak dengan kata berbaur ugutan. Lagi malang bagi kita (ibubapa) bila ugutan itu tidak lagi diendahkan oleh sang anak.

Belum terlambat untuk menghilangkan sikap ego sebagai ibu bapa. Ilmu di dada sangat penting - agar anak-anak dididik dengan budaya yang soleh dan solehah, Insya Allah!

No comments: