Klik di sini....

Tuesday, December 11, 2012

Texture in Autodesk Maya

Ingatkan bila dah dapat import texture dalam OBJ files melalui MTL, ia terus automatik boleh digunakan dalam Maya. Tapi kena setting secara manual juga dalam Maya. Sekali lagi gigih dapatkan bantuan En Google dan jumpa dengan pautan ini - Applying image Texture in Maya.

Ilmu baru yang saya belajar dan perlu ingat sampai bila-bila: Guna hot key 4, 5 dan 6. Walaupun nampak ringkas, tapi kesannya sangat signifikan bila bermain dengan rendering.

Hot key 4 is  Wireframe. 
Hot key 5 is Shaded All.
Hot key 6 is Fully rendered
 Maka dapatlah muka berserta dengan texture yang dikehendaki seperti berikut:

Langkah seterusnya kena pilih titik yang akan mewakili boundary curves. Pemilihan titik ini harus dilakukan secara berhati-hati agar the features of the face were preserved. Bahagian ini saya rasakan sangat mencabar sebab saya akan mula bermain dengan MEL script. Doakan kejayaan saya pembaca budiman :)

Monday, December 10, 2012

Gambar Kiut!


Setuju! 
Rasa agak kesal dengan beberapa kenalan di facebook yang meletakkan gambar tanpa menutup aurat yg sempurna. 
Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka, amin!

Friday, December 7, 2012

Insert texture to OBJ files

Dah dua hari saya cuba buat ni.
Ni muka dalam OBJ file.
Agak susah nak buat analisis
maka penyelia suruh masukkan texture dari gambar ni

Tidur malam pun tak lena dibuatnya.
Alhamdulillah, baru saja berjaya membuatnya. Syukur tak terhingga rasanya.
Betul kata penyelia saya, bukan susah pun nak buat. Dia kata, "Maybe you just make a silly mistake."

Dengan bantuan enjin carian google, banyak juga yang membincangkan tentang MTL files iaitu Material Definitions for OBJ files. Dah dapat idea cara nak buat, dan ikut satu persatu cadangan yang diberikan. Perasaan kecewa selalu bertandang tiap kali gagal memasukkan texture yang diingini.

Akhirnya saya jumpa link ni: Minimal Textured OBJ File. Di sini diberikan contoh OBJ, JPG dan MTL files. Saya muat turun semua files dan sangat gembira apabila semua file dapat berfungsi dengan baik. Maka saya cuma perlu salin file-file berkenaan ke dalam folder sedia ada dan rasa sangat bahagia apabila ia memberikan output seperti yang dikehendaki.


Nak tahu tak apa "silly mistake" yang saya buat? Bukan salah saya pun sebenarnya, komputer yang memadai tambah sambungan*.txt di belakang mtl file saya. Patut la dapat error "MTL files not recognize". Huhuhu, sabar sabar!

Wednesday, November 28, 2012

belajar Latex

Khamis lepas, saya mengikuti kelas Latex yang dianjurkan oleh SCIM. Ia adalah kelas pertama yang dianjurkan untuk pelajar siswazah. Agak ramai juga yang mengikuti kelas tersebut hingga tak cukup komputer.

Ini kali kedua saya megikuti kelas Latex. Sebelum ni saya dah menghadiri bengkel Latex yang dianjurkan oleh JAMAT. Walaupun bengkel Latex tersebut mengambil masa selama sehari, saya tetap lagi tak faham dan tak tahu cara-cara menggunakan Latex untuk menulis dokumen.

Alhamdulillah, kelas minggu lepas berjalan dengan lancar dan saya sangat gembira sebab dapat menghasilkan dokumen Latex sendiri. Kaedah hands-on sangat membantu. Lepas kelas, semua kena buat tutorial yang dilampirkan. Mula-mula agak terkial-kial. Nasib baik ada tutor yang membantu membetulkan error.

Siapa nak rujuk nota semasa kelas boleh klik sini!


Wednesday, November 21, 2012

Email yang penuh makna

Semalam saya sangat gembira bila dapat email dari bekas penyelia saya semasa master, Prof Jamaludin. Beliau saya panggil dengan gelaran Prof Jam. Walaupun dah hampir sepuluh tahun berlalu, kami selalu bertanya khabar di antara satu sama lain.

Untuk sambung PhD ni juga, saya banyak mendapat nasihat dari beliau. Setiap kali saya berkunjung ke USM, saya pasti menghubungi Prof dan beliau juga yang akan belanja kami (saya dan kawan-kawan) makan. Beliau saya dah anggap macam ayah - Ayah Penyelidikan :)

Emailnya Prof cuma ringkas, "Bagaimana study sekarang?".

Tapi jawapan saya kepada email tersebut sangat panjang. Semua saya cerita betapa susahnya nak buat PhD. Dari soalan cuma sebaris, jawapan saya pula berbelas baris. Saya tahu, hanya Prof yang betul-betul faham tentang research yang sedang saya jalankan. Kami dari aliran yang sama. Setiap kali ada masalah dalam research, selalu saya teringat untuk email pada Prof. Tapi selalu lupa/ tak sempat. Akhirnya Prof yang tanya perkembangan saya pula :)

Nasihat berikut dari beliau sangat saya hargai...

Itu cabarannya buat PhD. Asyik nak bungkus baju saja. Kena cekalkan hati awak, spend times in labs, tetapi keluarga jangan abaikan, mereka sebagai pemberi semangat. Saya dulu setiap kali tak dapat progress berhenti sekejap sembahyang minta petunjuk. InsyaAllah awak akan berjaya.

Dan bila ditanya macam mana nak study smart, jawapan beliau:

You have to read and read sampai tahu apa nak buat tak semestinya faham sampai keakar umbi. You should have an idea what to do. Cuba lay out the structure dan lihat part mana yang perlu dibuat. By the way pogramming ok tak? Awak doalah setiap masa. I know your feelings and worries but kita beruntung berdoa kepada Allah saja banyak2.

Ya, ia bagai memberi semangat baru kepada saya untuk terus berjuang. Benar, hanya Allah yang Maha Mendengar. Hanya Dia tempat yang saya boleh mengharap. Dia juga tempat yang saya perlu mengadu nasib. Mungkin saya belum lagi berdoa bersungguh-sungguh.

Walau apa pun, terima kasih Prof Jam!

Tuesday, November 20, 2012

Isu Palestin.. di mana kita?

Saya copy and paste dari email..


Isu Palestin...

1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran

Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan
perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita,
tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat kemanusiaan dalam
hati.

Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,

"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"

Kita di mana?


Tuesday, November 13, 2012

Rindu mereka!


Kak Nor - dua dari kiri

Yati: Tiga dari kanan

Rindu dekat kedua-dua kawan saya di atas. 
Kami mempunyai penyelia yang sama dan kedua-dua mereka telah berjaya mendapatkan PhD dalam masa yang ditetapkan. Dah selamat kembali ke tanahair dan kembali bertugas. 
Dan lagi dua minggu, seorang lagi rakan satu makmal akan kembali kembali ke Malaysia. Jadilah wanita melayu terakhir dalam makmal ni. Tapi masih ada kawan perempuan dari bumi Arab.


Friday, November 2, 2012

Normal pada permukaan

Hari ni saya belajar benda baru dari penyelia. Nampak remeh, tetapi ia sangat signifikan dalam kajian yang sedang dilakukan.

Sebelum ni, saya dah biasa dengar tentang normal terutama bila belajar mengenai vektor. Masa belajar memang tak dapat bayangkan macam mana bentuk normal. Yang tahu mcm mana nak cari nilai normal.

Bila saya tunjuk hasil ni kat penyelia, dia terus tanya, "Can you spot, what's wrong with the surface?". Dalam hati, Eh.. nampak macam ok jer. Saya kata, "It is because the faces non-uniform?". Dia kata tidak. Kemudian penyelia tanya, "Do you know what is normal?". Bila nampak muka saya macam kebingungan, terus dia jelaskan tentang konsep normal.

Kenapa 'faces' di bawah ada dua warna? Sebab normalnya berbeza. Satu mengarah ke luar (cerah) dan satu mengarah ke dalam (yang gelap). Turutan yang membentuk segitiga faces adalah penting untuk memastikan permukaan yang dihasilkan mempunyai normal yang sama. Sejujurnya, saya langsung tak tahu tentang perbezaan normal tersebut.

Selepas diubah, maka terhasillah permukaan berikut....

Baru nampak jelas, kat mana mata dan kedudukan mulut. Banyak lagi yang saya kena teroka dan belajar.

Sekarang tugas saya mengubah kedudukan titik bagi menghasilkan pergerakan Action Unit (AU). Baru siap untuk AU4 dan AU2. Ada lebih kurang 60 AU utk dimodelkan. Doakan kejayaan saya pembaca budiman :)

Wednesday, October 31, 2012

Pendapat anak

Sangat seronok baca tulisan dari Ustaz Hasrizal tentang perbualannya bersama Saiful Islam. Boleh klik pautan untuk cerita penuh --> Pautan Cerita.

Saya cuma tampal buah kesimpulan cerita beliau di bawah:

TUJUH BUAH FIKIRAN:
  1. Faktor kualiti masa jauh lebih penting berbanding kuantiti masa
  2. Kualiti masa boleh dihasilkan dengan meningkatkan kualiti komunikasi
  3. Meminta pendapat anak berkenaan kualiti kita sebagai ibu bapa adalah sunnah dan salah satu bentuk komunikasi berkualiti
  4. Untuk menjayakannya, langkah pertama adalah pada membina kepercayaan antara kita dengan anak-anak bahawa kita ikhlas bertanya dan tidak meletakkan syarat pada jawapan
  5. Pertanyaan hendaklah diungkai kepada pertanyaan-pertanyaan yang kecil, satu persatu dan tidak bersifat konsepsual yang sukar anak fahami
  6. Berikan peluang untuk anak memikirkan solusi
  7. Ucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada kesudian anak bekerjasama memberikan maklum balas tersebut.

Saya rasa boleh tanya benda yang sama pada anak-anak. Dalam masa yang sama boleh didik si anak yakin dengan pendapatnya dan berani untuk bersuara.

Friday, October 26, 2012

Clocks go back by one hour this weekend

Hujung minggu ni, jam kena pusing ke belakang pula.... Dapat  email  uni Bradford hari ni 

Message for all international and EU Students:

DON’T FORGET TO TURN YOUR CLOCKS BACK BY ONE HOUR THIS WEEKEND!

Hi All

To let you know that on Sunday morning 28 October at 2.00am, we turn our clocks back by one hour, to become 1.00am.  This is the end of the ‘British Summer Time’ and so we will be back on GMT ‘Greenwich Mean Time’.   (We change our clocks, so that we have some extra day light in the mornings, as we move towards the shortest days of the year.   It does mean however, that it will seem as though it gets dark much earlier in the evening).  

So – please remember to adjust your clocks, watches and mobile phones and computers if they do not update automatically.   This is really important – you will be turning up for lectures at all the wrong times on Monday, if you do not do this!!!

The clocks will go forward again in the spring time and we will send you a reminder when this happens. 

So, enjoy having an extra hour of time this weekend! 


Saturday, October 20, 2012

Pesanan KPM: Datuk Khaled

Ada rakan dalam Doctorate Support Group (DSG) yang letak keratan akhbar ni dalam group. Maka saya kongsikan berita tu kat sini...


Cukup tegas amaran dari Datuk Khaled, Menteri Pengajian Tinggi. Saya agak tersentap dengan ayat berikut, "You go to Britain for six years to do a PhD and come back with nothing?". Dah la penekanan kat situ Britain, agak kena juga dengan status saya sekarang ni walaupun saya baru 9 bulan belajar di UK.

Nampak gaya kena lipatgandakan usaha. Kadang-kadang terfikir, kenapa la saya buat kerja lambat sangat? Atau adakah masa yang berlalu sangat pantas?

Sangat tertekan bila tak dapat siapkan tugasan dalam masa yang diberikan dan tidak berjaya mendapat output seperti yang diharapkan oleh penyelia.

Sekarang pula dah masuk musim luruh. Siang semakin beransur menjadi pendek. Pukul 6 lebih dah gelap sebab dah maghrib. Itu bermakna waktu belajar juga semakin kurang. Bukan senang nak minta izin suami balik lewat semata-mata menyiapkan tugasan yang belum selesai. Suami mana yang tidak risau bila si isteri berjalan dalam gelap keseorangan? Itu lah dilema bila belajar dan memegang status isteri dan dalam masa yang sama, ummi kepada tiga orang anak.

Kalau musim sejuk pula, siang akan bertambah pendek. Pukul 3 pun dah gelap. Itu hanya satu contoh cabaran bila belajar luar negara.

Itu juga belum disentuh karenah penyelia yang pelbagai. Dari sudut penyelia, saya sangat bertuah. Penyelia saya sangat pakar dalam bidang penyelidikan yang sedang dilakukan. Prof juga memberikan komitmen yang tinggi dalam kajian saya. Seminggu sekali wajib jumpa untuk laporkan apa yang dah dapat. Katakan masa perjumpaan tersebut bertembung dengan mesyuarat yang Prof perlu hadiri, beliau sanggup keluar dulu utk jumpa dgn pelajarnya dan sambung kembali bermesyuarat selepas itu :)

Wednesday, October 17, 2012

Jadilah orang yang pemaaf

Hari ni nak tampal pesanan dari Prof Muhaya kat sini....

Emosi marah, dendam , dengki akan menghasilkan sifat meyalahkan orang lain. 
Menyimpan perasaan ini akan memberi kehidupan yang sempit dan tidak akan bahagia. 
Kebencian akan menyebabkan senang ada kanser mengikut setengah kajian. 
Sebab itu memaafkan orang lain cara terbaik menyihatkan badan.
Sesiapa yang tidak dapat memaafkan orang sebenarnya menjadi mangsa minda negatif diri sendiri dan tidak akan berjaya dunia akhirat. 
Orang yang sentiasa ingat mati senang memaafkan orang lain kerana dia mengharapkan pengampunan Allah. 
Jom lihat diri jika dengan hanya orang buat silap kita berdendam di mana hati kita dgn Allah. 
Lihat hidup orang yang sukar memaafkan tentu tidak bahagia dan membahagiakan.
Lihat apa emosi kita sebelum tidur.
Jika tidak bersyukur dan memaafkan dan muhasabah diri alangkah ruginya!
-PROF DR MUHAYA-

Ya Allah, jadilah aku hamba-Mu yang mudah untuk memaafkan orang, amin, amin amin!

Monday, October 15, 2012

Ego

Hari ni nak kongsi tulisan dari blog Ustaz Hasrizal. Saya setuju 100% dengan apa yang beliau tulis di entry yang bertajuk: HAPUSKAN EGO DALAM MENDIDIK KELUARGA. Saya copy dan paste di sini....


Sejauh mana ibu bapa membuka hati dan minda mereka untuk menerima nasihat serta saranan pakar dalam membetulkan amalan, kepercayaan serta salah tindakan kita semasa menjadi suami isteri, juga ibu bapa?
Tidak masuk Syurga manusia hati ego.
Hapuskanlah kepercayaan “anak bini aku, keluarga aku, jangan nak mengajar, aku lebih tahu!” Utamakan Allah, utamakan ahli keluarga, jangan jadi mangsa ego dan nafsu diri.
Apabila anak-anak buat perangai yang kita tidak suka, seorang lelaki mungkin dengan mudah meremehkannya, menganggap itu semua kelakuan yang tidak penting. Lantakkan. Banyak benda besar lain yang lebih kritikal untuk difikirkan. Lebih hidup dan mati, lebih bread and butter!
Tetapi jika kelakuan itu menghilangkan kualiti hidup, mengundang tekanan, balik rumah tidak boleh berehat dan diri kita sendiri mengalami perubahan sikap kepada agresif, murung dan hilang fokus, mana mungkin ia boleh diabaikan. Seorang suami atau bapa perlu menerima hakikat, dari semasa ke semasa, kita mungkin akan diuji dengan sesuatu yang kita tidak punya ilmu dan kemahiran untuk menanganinya.
Sifirnya sama. Carilah ilmu. Belajarlah dengan yang lebih tahu.
 فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُون
“Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri jika kamu tidak mengetahui” [Al-Anbiya' 21: 7]
Buang rasa geram, rasa menyampah. Periksa kembali di mana nilai cinta dan kasih sayang. Pandang 20 tahun ke hadapan, keluarga bagaimana yang kita inginkan?
Ini muhasabah diri saya selepas membawa anak berjumpa Pakar Psikiatri kanak-kanak…
HASRIZAL



Jom para ibu bapa, muhasabah diri kita pula.

Bila anak mula tidak menurut kata bila diberi arahan, tentu ada yang tidak kena dengan tindakan/perbuatan kita (ibubapa).

Apatah lagi jika kita mula mengasuh anak dengan kata berbaur ugutan. Lagi malang bagi kita (ibubapa) bila ugutan itu tidak lagi diendahkan oleh sang anak.

Belum terlambat untuk menghilangkan sikap ego sebagai ibu bapa. Ilmu di dada sangat penting - agar anak-anak dididik dengan budaya yang soleh dan solehah, Insya Allah!

Thursday, October 4, 2012

Jom naik cruise Hull - Amsterdam

Teringin nak naik cruise bila tengok promo ni...

https://docs.google.com/spreadsheet/embeddedform?formkey=dEhKeW9EYmJfOGo5N1pFanRQenRHV3c6MQ

Tarikh pun macam cantik, minggu sebelum kristmas.... anak-anak mungkin dah cuti sekolah :)

Bila kira kos untuk kami sekeluarga:

2 x dewasa = 45 x 2 = 90
3 x kanak-kanak = 35 x 3 = 105

Jumlah kos = 90 x 105 = GBP 195. Kalau convert ke RM, belum mencecah RM1000... boleh dipertimbangkan kot... kan baru dapat bonus utk bulan tu. Mesti anak-anak seronok kalau dapat naik criuse :)

Tuesday, September 25, 2012

Doctorate Support Group (DSG)

Saya suka singgah group DSG setiap kali log in dalam facebook. Banyak perbincangan akademik yang dibincangkan dalam DSG. Sekali sekala, ia juga memberi semangat untuk meneruskan perjuangan ini. Saya suka post oleh Thien Lien Mie ni...

Dear all, 
My special thanks to Prof Ramayah and Dr Rem Dambul, I have learnt a lot from both of you based on what you have been posted in this academic group. Also, thanks to DSGian for the best wishes. 

It is always a miracle when you believe that you can do it. Yes, I submitted my 10 copies for viva within two years. It seems unbelievable especially when I was a part timer in my first 11 month
s. Within this period, I slept almost 3 hours only per day and woke up at 3am to read articles for almost 3 hours daily. This is the only time that I have to pursue my PhD with the agreement to my family and children that they should be prioritized over my PhD.

However, this is definitely not good for mental health. Therefore, I decided to take non-paid leave to continue my studies. No choice, because I fail to get scholarship from KPM, not even call for interview too. Subsequently, i convert to be a full time student at my 12th months till to date. As such, I told myself that I must success! 2 years is my target. Programming my mind that there is no time to frustrated, cry or demotivated etc even though I encountered it. The only thing that in my mind is look for alternatives in order to solve the problem asap. Setting up the time frame for each stage of research process (proposal defence, data collection, previva, viva etc) and it must be achieved! Even waiting for viva, I still wake up earlier to read articles and write paper. Actually, I did enjoy this kind of life.

No doubt, to produce a sound and justifiable thesis is not an easy task. There are uncountable difficulties and obstacles that have to be overcome throughout the whole research process. Therefore, writing a thesis needs a great deal of knowledge, skill, persistence, time management, commitment, and ingenuity. Really think and behave like a PhD scholar. Moreover, having a committed and knowledgeable supervisor; critical peers who always challenge and question me about the content of the thesis from a variety of aspects; and knowledge networking from the same and different field are always be the advantages.

Completing the PhD thesis serves as a starting point for me to deepen my knowledge in doing research. Hope I can contribute my limited knowledge to this academic group from time to time.

Above is just my personal experience in pursuing the journey. Of course, different people have different way to achieve his or her target. Hopes this is only a personal experience sharing and serve no more than that. Thanks again and all the best! Enjoy your life with PhD studies because it is so precious to us.




Benar, masa buat PhD sangat unik utk dikenang. Saya juga mesti kuat semangat!

Saturday, September 22, 2012

Perjumpaan dgn Naib Canselor UMT

Isnin lepas (17 September 2012), saya menghadiri majlis Perjumpaan Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor UMT bersama staf yang sedang bercuti belajar di seluruh United Kingdom dan Ireland bertempat di University of Southampton. Daripada 35 orang staf UMT yang belajar di UK/Ireland, seramai 25 orang staf datang memeriahkan majlis.
Lima daripada kami dari Jabatan Matematik (JAMAT)
dan majoriti datang dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

Ini adalah kali pertama saya bersua muka dengan Dato' NC, Dato' Ibrahim Kamoo. Beliau menerangkan beberapa polisi baru yang beliau perkenalkan dan harapan beliau agar kami benar-benar menjadi seorang ahli akademik - bukan sekadar pekerja bergaji.

Ada juga diadakan sesi dialog di akhir majlis. Mendengar masalah yang dialami oleh pelajar lain membuatkan saya bersyukur mempunyai seorang penyelia yang sangat prihatin dan pakar dalam bidang kajian.

Thursday, September 13, 2012

Kenaikan elaun

Alhamdulillah, hati berbunga ria bila baca email ni (walaupun kerja belum lagi siap, esok dah nak kena mengadap penyelia - doakan saya kawan-kawan)...


Assalamualaikum,

Tuan/puan,

MAKLUMAN PELARASAN ELAUN KELUARGA (KADAR BARU UK)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan
kadar baru elaun kemudahan Biasiswa Persekutuan bagi pelajar di United
Kingdom mulai 1 April 2012.

Oleh yang demikian, Seksyen Cuti Belajar kini dalam proses untuk membuat
pelarasan elaun keluarga bagi pegawai - pegawai yang masih menerima elaun
tersebut  dari 1 April 2012 sehingga sekarang.

Sekian untuk makluman.


Terima kasih Allah...

Nota: kena lagi semangat buat kerja ni :)

Sunday, September 9, 2012

Sebab rezeki susah masuk

Nak share gambar ni dari facebook...
Untuk muhasabah diri bersama. Kesihatan yang baik juga dikira rezeki. Hati sangat tenang bila anak-anak dan keluarga kita sihat. Ya Allah, murahkanlah rezeki Mu untuk kami sekeluarga... amin!

Monday, August 27, 2012

nota dari Prof Muhaya

Tertarik untuk simpan peringatan dari Prof Muhaya ni. Nak paste kat sini buat rujukan di masa hadapan.

Kanak kanak yg dibesarkan dgn pujian menjadi yakin pada diri dan anak anak yg dibesarkan dgn kritikan dan cemuhan hilang keyakinan diri. Audit bagaiamana kita besarkan anak anak kita.

Siapa yg kurang yakin pada diri cuba ingat berapa kali di kritik banding dgn pujian masa kecil. Mulakan memuji Anak anak suatu investment yg baik pada dunia dalaman mereka. Puji dan syukur atas segalanya. Lihat bahasa kita itulah dunia dalaman kita dan itulah hasil kehidupan kita.

Lihat diri kita dan ingat bagaiamana kita dibesarkan. Jika baik buat benda yg sama pada anak anak. Jika tidak, ubah dan jgn ikut. Tidak ada faedah segala negativiti dalam kehidupan ini.

Mulakan hari anda dengan cas positif supaya cas itu juga akan menyinari orang sekeliling anda termasuk anak-anak.

Tapi betul, kalau perhatikan tingkah laku dan cara percakapan anak-anak, ada diri kita dalam personaliti mereka. Bila kita suka beri pujian, secara automatik anak-anak juga akan selalu memberi pujian. Percayalah, saya dah mengalaminya :)

Monday, August 20, 2012

Perasaan bercampur aduk

Ini adalah kali pertama saya dan keluarga beraya di Bradford, United Kingdom. Sambutannya sangat berbeza 360 darjah dengan sambutan di negara tempat tumpah darahku.

Tentu sekali ia sambutan tanpa ahli keluarga. Sambutan tanpa ummi (ibu saya), mek (ibu mertua), ayah (ayah mertua), adik beradik, ipar duai, sanak saudara mahupun sahabat terdekat. Hanya telefon dan panggilan video (skype) yang menghubungkan kami.

Bayangkan perasaan saya apabila ummi hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat wajah kami di komputer menerusi skype. Tiada sepatah kata yang mampu ummi ucapkan. Sebagai anak, saya cuba menjadi setabah mungkin. Walaupun hati kecil saya menangis di dalam, saya cuba mempamerkan wajah yang biasa saja. Saya mahu ummi tahu bahawa anaknya seorang yang kuat.

Alhamdulillah, tahun ini saya dan anak-anak buat pertama kalinya berpeluang melakukan solat sunat Aidilfitri. Ya, ia adalah kali pertama bersama anak-anak. Baru saya sedar bahawa sudah tujuh tahun berturut-turut saya tidak menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tradisi keluarga mertua (setiap tahun, saya akan beraya di rumah mertua - tiada sistem giliran), anak menantu perempuan akan berada di dapur untuk menyiapkan juadah raya kepada tetamu dan menyiapkan anak-anak dengan busana raya.

Perasan syukur kepada Yang Esa tidak putus-putus diucapkan kepada-Nya. Saya tidak akan solat sunat Aidilfitri di negara sendiri, tapi berpeluang melakukannya di negara orang. Berada dalam kalangan ahli jemaah yang berbilang warna kulit juga membuatkan saya tidak putus-putus memuji kebesaran-Nya. Apatah lagi dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama anak-anak.  Ia kenangan sangat manis yang pernah saya lalui. Terima kasih Allah.

Adik dan kakak sedang dengar khutbah raya
Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, amin!

Tahun ini juga, saya tidak mengunjugi pusara ayahanda. Entah bagaimana agaknya rupa pusara ayah sekarang? Tapi saya tidak risau sebab abang-abang (saya ada dua orang abang) dan adik-adik (saya ada lima orang adik) pasti akan ke sana membersihkan pusara ayah di pagi Aidilfitri. Hanya iringan doa yang mampu saya hadiahkan dari jauh, Al-Fatihah.

Friday, August 10, 2012

gaji sikit???

Ni keratan suratkhabar, StarBizWeek pada bulan lepas (14 July 2012). Salah seorang rakan muatnaik dalam facebook. Kalau rakan-rakan perhatikan pada jadual berikut, apa yang bermain dalam fikiran anda?

Bila melihat angka-angka di atas, jelas menunjukkan bahawa 
1) gaji lepasan ijazah di Malaysia sangat sikit. Lagi senang nak nampak sebab London tu berada atas Kuala Lumpur. Setahun, kita cuma dapat dalam £6000.
2) harga kereta yang dijual di Malaysia secara relatif sangat mahal berbanding gaji yang kita perolehi. Maka, simpan sahaja niat kalau nak pakai Honda Civic. Untuk orang baru kerja, memadai dengan pakai si kancil sahaja.

Bila belajar di sini, antara soalan yang orang selalu ditanya:
1) Dapat biasiswa apa?
2) Datang seorang atau bersama keluarga?
3) Buat penyelidikan tentang apa?
4) Di Malaysia kerja apa?

Lepas soalan yang keempat, saya agak tidak selesa untuk jawab soalan cepu emas yang seterusnya. "Berapa gaji pensyarah di M'sia?". Biasanya saya cuma senyum panjang.. kemudian saya tarik nafas dalam-dalam dan kata, "Tak ada la banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ianya kurang dari £1000."

Si penyoal juga terdiam mendengar jawapan saya. Mesti dia terkejut dengan bayaran seorang pensyarah  setiap bulan. Bayangkan mereka dibayar £2000 sebulan - walaupun dia bukan orang UK. Giliran saya pula terbeliak mata.

Saturday, August 4, 2012

Masalah kipas Macbook

Sejak dua tiga hari lepas, saya perasan kipas Macbook sentiasa berpusing walaupun baru hidupkan komputer. Hati dah mula risau - jangan lah Macbook ni kena masuk wad.

Seperti biasa, saya akan mendapatkan bantuan dari google. Tangan menaip kata kunci, "macbook fan always on".  Keluarlah berberapa saranan dari google. Saya klik pada forum Apple Support Communities. Ada penyelesaian yang diberikan dari pautan ini.

Lepas saya lakukan saranan yang diberikan, Alhamdulillah ia memberikan hasil. Pastinya saya lega :)

Tuesday, July 31, 2012

Erti Al-Fatihah

Cara mudah untuk menghafal makna Al-Fatihah.
Mari layan video ni...

Semoga solat lebih bermakna dengan kita memahami maksud Al-Fatihah. 
Yang pasti solat lebih khusyuk bila faham maksud bacaan solat :)



Wednesday, July 25, 2012

Bonus Raya 2012

Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan.
Dengar cerita elaun KPT untuk pelajar UK juga bakal dinaikkan. Betul ke?

Monday, July 23, 2012

ten to nine || ten past nine

Ia adalah masa.
Ten to nine = Sepuluh minit sebelum pukul sembilan = 8.50
Ten past nine = Sepuluh minit selepas pukul sembilan = 9.10
Half past nine = Setengah jam selepas pukul sembilan = 9.30

Masa mula-mula dulu, selalu juga keliru. Tapi sekarang dah makin biasa. Di sini saya ingin kongsikan satu peristiwa yang saya alami masa awal-awal datang ke UK.

Saya buat appointment dengan klinik. Staf tu buat appointment untuk saya pada pukul "ten to eleven". Masa tu dah pelik, eh, takkan lama benar temujanji tu hingga sejam. Maka saya dah terpacul tempat reception pukul 10. Lama staf reception cari maklumat temujanji saya pada pukul 10. Tentu sekali tiada sebab sepatutnya saya kena giliran pukul 10.50. Nak tunggu lama lagi, maka saya balik dulu :)


Tuesday, July 17, 2012

sakit gigi

Dua minggu lepas dah jumpa dentist untuk tampal gigi. Dah rasa lega sebab dah dapat dentist setelah beberapa minggu mencuba. Kat sini agak sukar untuk cari dentist. Nak masuk dalam senarai menunggu pun susah.

Hati berbunga gembira bila dapat panggilan dari Dentistry@BD4. Saya terus buat temujanji. Semasa temujanji kali pertama, doktor cuma memeriksa gigi. Buka periksa ala kadar, tapi siap x-ray lagi. Kali pertama dalam hidup x-ray gigi :)

Dari x-ray tu boleh tengok susunan gigi saya. Doktor kata gigi saya sangat rapat. Sebab tu mudah rosak kalau tak jaga dengan baik. Kena selalu guna floss gigi untuk keluarkan sisa makanan di celah gigi. Saya mengaku - saya tak suka guna floss gigi. Nampaknya kena rajinkan diri untuk floss gigi supaya gigi saya kekal hingga ke tua :)

Temujanji kali kedua baru doktor tampal gigi saya yang berlubang tu. Sebagai rekod, ia adalah kali ketiga gigi yang sama ditampal. Nasib baik masih boleh diselamatkan. Kalau tampalan kali ni tak berjaya (masih lagi sakit), doktor bagi dua pilihan - cabut atau tanam akar (canal root). Kos untuk tanam akar sekitar £120. Rasanya lebih kurang sama dengan kos tanam akar kat Malaysia, kan?

Proses tampalan tu ambil masa dalam 30 minit juga. Mula-mula doktor bius dulu tempat nak tampal. Pengalaman sebelum ni, tak pernah pula dibius sebelum tampal gigi. Lain pula prosedur kat sini. Doktor kata,   "Tooth is a life part. That's why we need to give numbness before procedure". Saya cuma anggukkan kepala tanda mengiayakan.

Sementara menunggu kawasan dibius kebas, doktor membersihkan gigi saya. Habis licin semua karang gigi dikerjakan oleh doktor. Gigi terasa ringan sebab karang gigi dah tiada. Lepas tu proses tampalan dijalankan. Doktor mengeluarkan tampalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru. Doktor pesan, "If you want me to stop, raise your left hand".  Ada sekali saya angkat tangan sebab mulut rasa sangat lenguh.

Apabila selesai, doktor memberi beberapa peringatan - jgn makan dalam tempoh sejam, jangan makan makan keras di bahagian tampalan, makan makanan yang lembut dan lain-lain. Alhamdulillah, hingga hari ni bahagian yang ditampal tidak mendatangkan sebarang masalah.

Apa yang nak cerita hari ni ialah gigi lain pula yang sakit. Hari tu gigi sebelah kiri bahagian bawah, kali ni gigi bahagian yang sama sebelah atas pula. Dugaan... dalam dilema, nak jumpa doktor atau tunggu sakit gigi kuat baru jumpa?

Saturday, July 14, 2012

Bersangka baik :)

Ya, saya sangat setuju!
Begitu indah nikmat Islam.
Hati boleh tenang apabila sentiasa ingat pada-Nya.

Manusia hanya makhluk yang sangat kerdil. Menyedari hal ini, buat apa kita nak berkecil hati dengan insan lain bernama manusia. Bila kita buat sesuatu niat hanya kerana Allah, Insya Allah kita tidak akan sesekali mengeluh apabila tidak mendapat penghargaan manusia. Kita yakin, perkara yang kita buat pasti mendapat balasan dari-Nya :)

Apatah lagi bila timbul salah faham sesama manusia. Apa yang kita mampu lakukan hanya berdoa agar Allah tunjukkan jalan yang benar.



Tuesday, July 10, 2012

Al-Fatihah

Dua hari lepas saya menerima berita sedih ni. Emak sepupu saya, Nija memberitahu dalam facebook yang seorang dari saudara kami meninggal akibat kemalangan. Saya tak terus buat panggilan ke Malaysia sebab masa tu dah 4 pagi waktu Malaysia. Masa tu hati dah gundah gulana.

Buka facebook pada pagi kelmarin, segala tanda tanya terjawab. Saya hanya mampu sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Mohamad Adam, 29. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh, Amin!

Hari ni, berita kemalangan disiarkan dalam akhbar Harian Metro. Lagi pilu hatinya ini bila membaca kisah kemalangan tersebut.

Stereng ketat tiba-tiba.
TEMERLOH: "Ya Allah, kenapa stereng ini tiba-tiba ketat?" Itu antara jeritan terakhir seorang lelaki kepada abang dan dua lagi saudaranya sebelum kereta dipandunya terbabas ....

Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah.
Al-Fatihah....

Wednesday, July 4, 2012

renungan



Alhamdulillah, bahagia rumahtangga sekiranya ia menjadi amalan. 
Yang penting, jangan asyik cari salah isteri. 
Bila kita melihat sesuatu dari kaca mata negatif, tentu keburukan isteri yang menyusahkan hati.
Tukar perspektif kepada yang positif bagi mendorong ke arah keharmonian.
Bukan ke arah kecelaruan.

Kalau betul isteri telah melakukan salah, tegur  dan nasihat dengan cara berhemah.
Tentu sekali masalah tidak selesai jika dituduh pula isteri "degil".
Tak dengar kata.
Keras hati.
Ataupun sifat negatif lain yang sewaktu dengannya.
Hanya sekadar melepaskan marah atas silap si isteri.
Pasti sang syaitan bertepuk tangan kerana bisikannya berjaya meretakkan keharmonian si Adam dan Hawa.

Kerak nasi lagikan lembut, inikan pula hati wanita.
Pasti ada penyelesaian untuk setiap masalah.
Muhasabah diri dan minta petunjuk dari Allah.
Suami yang hebat adalah suami yang berjaya menolak bisikan syaitan.
Juga memimpin tangan isteri ke arah kebenaran dan jalan Allah.
Pasti, isteri yang baik juga tahu membezakan dosa dan pahala.

Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.
Itu janji Allah.

Thursday, June 28, 2012

tips semasa defence proposal

Dapat ni dari Doctorate Support Group (DSG):

"First 5 minutes, you must be able to give the overview of your entire project. If people don't see the BIG PICTURE after 5 minutes, they normally start shutting off themselves. That is why it is always good to start with a clear research framework, in a graphic form.

The last 3 minute, you must be able re-emphasize why your research is relevant and important. Especially in the context of filling the gaps in the existing corpus of knowledge.

Ini adalah permulaan dan penamat yang biasanya boleh 'melembutkan' hati para panel. So they would be less harder to you.

Those are my tips from oratory point of view. Weak presentation can devalue even a very strong research."

Tips yang berguna untuk mempertahankan proposal nanti. Walaupun masih agak jauh perjalanan itu. Tapi suatu masa nanti saya akan melaluinya.