Klik di sini....

Friday, August 10, 2012

gaji sikit???

Ni keratan suratkhabar, StarBizWeek pada bulan lepas (14 July 2012). Salah seorang rakan muatnaik dalam facebook. Kalau rakan-rakan perhatikan pada jadual berikut, apa yang bermain dalam fikiran anda?

Bila melihat angka-angka di atas, jelas menunjukkan bahawa 
1) gaji lepasan ijazah di Malaysia sangat sikit. Lagi senang nak nampak sebab London tu berada atas Kuala Lumpur. Setahun, kita cuma dapat dalam £6000.
2) harga kereta yang dijual di Malaysia secara relatif sangat mahal berbanding gaji yang kita perolehi. Maka, simpan sahaja niat kalau nak pakai Honda Civic. Untuk orang baru kerja, memadai dengan pakai si kancil sahaja.

Bila belajar di sini, antara soalan yang orang selalu ditanya:
1) Dapat biasiswa apa?
2) Datang seorang atau bersama keluarga?
3) Buat penyelidikan tentang apa?
4) Di Malaysia kerja apa?

Lepas soalan yang keempat, saya agak tidak selesa untuk jawab soalan cepu emas yang seterusnya. "Berapa gaji pensyarah di M'sia?". Biasanya saya cuma senyum panjang.. kemudian saya tarik nafas dalam-dalam dan kata, "Tak ada la banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ianya kurang dari £1000."

Si penyoal juga terdiam mendengar jawapan saya. Mesti dia terkejut dengan bayaran seorang pensyarah  setiap bulan. Bayangkan mereka dibayar £2000 sebulan - walaupun dia bukan orang UK. Giliran saya pula terbeliak mata.

5 comments:

Umialya said...

itulah ramai pelajar kita tersangkut selepas belajar ngan alasan cari pengalaman di sana

nurbijen said...

Betul tu kak tini... ramai M'sian kerja kat sini lepas graduate :)
Tapi apa2 pun, M'sia tanah tumpah darahku :)

AZLA said...

salam kenal, kunjungan perdana untuk persahabatan, saya suka blog ini dan follow 10
saya akan senang jika anda menerima dan follow kembali
ditunggu
salam ramadlon
dan terima kasih

ishamizu said...

Setuju! sy pernah kene tny dgn kawan sekelas from Iraq gaji lecturer kt Msia brp..sy ckp la sekian2..dia geleng kpl..n ckp rendah..even kt negara dia lecturer gaji lumayan ..jauhla dgn gaji kt Msia..kt UK punye gaji lagi la kn, mmg boleh tbeliak mata dgr kan..hehe

Nway, salam kenal drpd sy Izu. Nur kt UK jgk? kt mana> :) sy follow Nur blk ye..:)

nurbijen said...

salam ukhwah Izu, Yup, saya kat utara UK, Bradford :)
Tq follow blog saya :)