Klik di sini....

Friday, January 25, 2013

Empat tanda hidup tak berkat


Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA (Na’uzubillah). Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. 

Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. 
Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Thursday, January 24, 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca budiman...

Sunday, January 20, 2013

Sikap positif

SIKAP POSITIF - PENENTU KEJAYAAN

Tanda2 orang positif:
1. Yakin terhadap diri sendiri
2. Mampu melihat positif terhadap orang lain
3. Dapat melihat peluang dalam setiap keadaan
4. Fokus pada penyelesaian, bukan pada permasalahan
5. Dorongan tinggi untuk memberi.
6. Seratus peratus memikul tanggung jawab

Jom sama2 kita jadi orang positif!

Sumber: Facebook

Saturday, January 12, 2013

Kisah kumbang

Lagi perkongsian dari facebook...

Seekor kumbang cuba keluar dari bangunan. Dia menghentak dirinya pada jendela kaca yang tertutup berkali-kali hingga tersangat penat & tak bermaya, disangkanya itu jalan keluar. Dek terlalu penat, dia berhenti menghempaskan diri ke jendela kaca dan merayap lemah ke bahagian dinding berdekatan jendela tersebut.

Beberapa minit merayap, tiba-tiba dah tiada dinding. Oh! Pintu rupanya ... tak berapa jauh dari jendela tadi. Dia terbang keluar dengan girang sekali!

Kadang2 kita cuba mencari pintu keluar dari sesuatu masalah dengan jalan yang salah, menipu pandangan dan mengelirukan. Tanpa disedari, rupanya pintu keluar sebenar hanya berdekatan dengan pintu tersebut. Justeru, jangan tertipu, keliru dan putus asa. Pintu penyelesaian hanya berada di sebelah kiri/kanan kita sahaja! Ambillah sedikit masa utk menoleh ke kiri/kanan sebelum terlalu penat... Ambil masa utk cari alternatif lain!

Terima kasih cik rah di atas perkongsian yang sangat bermakna ni. Dalam melakukan research juga, ia boleh diaplikasikan. Bila buntu, kena take break to reflect and seek other alternatives!

Note to myself :)

Thursday, January 10, 2013

Kaktus dan ulat bulu

Perkongsian dari SMS untuk renungan bersama...

Kita minta bunga yang indah, Allah beri kita kaktus berduri.
Kita minta rama-rama yang cantik, Allah beri ulat bulu.
Kita menangis, sedih, hampa dan kecewa...

Semusim berlalu...
Kaktus itu menghadiahkan kita bunga yang sangat indah. Ulat bulu pula bertukar menjadi rama-rama - cantik sekali!

Begitulah - kebijaksanaan sentiasa terserlah dalam setiap perancangan dan tindakan Allah...

Subhanallah!

Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya.