Klik di sini....

Thursday, March 28, 2013

Email penting KPT


** Email dari KPT.. letak kat sini biar senang nak rujuk bila perlu :)

Assalamualaikum wbt, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Para pelajar tajaan Kementerian Pengajian Tinggi yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa, sehingga 28.2.2013 Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi telah menaja hampir 9,000 orang pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran samada di dalam atau di luar negara. Dalam tempoh itu, Bahagian ini telah menerima banyak maklumbalas positif dan negatif berkenaan dengan kaedah penyampaian yang dijalankan.

Sehubungan itu, bagi memantapkan lagi kaedah penyampaian yang dijalankan, Bahagian Biasiswa telah melaksana beberapa tindakan penambahbaikan bagi membantu kami melaksana tugas dengan lebih efisyen. Antara tindakan penambahbaikan yang telah dilaksana termasuklah:

i.             penyaluran elaun sara hidup daripada 3 bulan sekali kepada 4 bulan sekali yang telah dimulakan bagi bulan Feb - Mei 2013;
ii.            mewujudkan talian hotline (03-8888 1616) bagi menjawab segala perkara berkaitan SLAB/SLAI mulai 25 Februari 2013;
iii.           penggunaan email unitipta@mohe.gov.my (bagi semua pertanyaan berkaitan SLAB/SLAI serta penghantaran laporan kemajuan) dan tuntutan@mohe.gov.my (bagi semua perkara berkaitan bayaran termasuklah yuran pengajian, dan tuntutan lain); dan
iv.          penstrukturan semula Unit IPTA dari cara kerja mengikut program kepada mengikut fungsi yang meliputi:

a.    Seksyen Penawaran dan Tajaan;
-      Pertanyaan
-      Permohonan Baru
-      Permohonan Penangguhan Pengajian
-      Permohonan Tukar Tarikh Pengajian
-      Permohonan Menghadiri Persidangan / Kutip Data / Penyelidikan

b.    Seksyen Pelanjutan;
-      Permohonan Pelanjutan Biasiswa

c.    Seksyen Pembayaran;
-      Yuran
-      Tuntutan
-      Elaun Sara Hidup
-      Elaun Tamat Pengajian
d.    Seksyen Fail dan Rekod; dan

e.    Seksyen Pemantauan dan Gantirugi
-      Penghantaran Laporan Kemajuan
-      Tuntutan Gantirugi

Bahagian Biasiswa juga dengan kerjasama Bahagian Sistem Maklumat telah membangunkan satu sistem yang dipanggil Sistem Penajaan Elektronik (eSP) yang boleh diakses melalui capaian esp.mohe.gov.my mulai dari email ini dikeluarkan bagi memudahkan urusan berkaitan:

i.     Permohonan Pelanjutan Biasiswa;
-      Berkuatkuasa mulai email pemakluman ini dikeluarkan (dipohon 3 bulan sebelum tarikh tamat pengajian),

ii.    Pengemaskinian Profil Pelajar;
-      Maklumat Perhubungan
-      Maklumat Bank

iii.   Permohonan Kemudahan PhD;
-      Menghadiri Persidangan / Kutip Data / Penyelidikan

Semoga, penambahbaikan yang dilaksana ini akan dapat melicinkan lagi kerjasama diantara kita semua.

Sekian.

--

Unit SLAB SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi