Klik di sini....

Wednesday, November 21, 2012

Email yang penuh makna

Semalam saya sangat gembira bila dapat email dari bekas penyelia saya semasa master, Prof Jamaludin. Beliau saya panggil dengan gelaran Prof Jam. Walaupun dah hampir sepuluh tahun berlalu, kami selalu bertanya khabar di antara satu sama lain.

Untuk sambung PhD ni juga, saya banyak mendapat nasihat dari beliau. Setiap kali saya berkunjung ke USM, saya pasti menghubungi Prof dan beliau juga yang akan belanja kami (saya dan kawan-kawan) makan. Beliau saya dah anggap macam ayah - Ayah Penyelidikan :)

Emailnya Prof cuma ringkas, "Bagaimana study sekarang?".

Tapi jawapan saya kepada email tersebut sangat panjang. Semua saya cerita betapa susahnya nak buat PhD. Dari soalan cuma sebaris, jawapan saya pula berbelas baris. Saya tahu, hanya Prof yang betul-betul faham tentang research yang sedang saya jalankan. Kami dari aliran yang sama. Setiap kali ada masalah dalam research, selalu saya teringat untuk email pada Prof. Tapi selalu lupa/ tak sempat. Akhirnya Prof yang tanya perkembangan saya pula :)

Nasihat berikut dari beliau sangat saya hargai...

Itu cabarannya buat PhD. Asyik nak bungkus baju saja. Kena cekalkan hati awak, spend times in labs, tetapi keluarga jangan abaikan, mereka sebagai pemberi semangat. Saya dulu setiap kali tak dapat progress berhenti sekejap sembahyang minta petunjuk. InsyaAllah awak akan berjaya.

Dan bila ditanya macam mana nak study smart, jawapan beliau:

You have to read and read sampai tahu apa nak buat tak semestinya faham sampai keakar umbi. You should have an idea what to do. Cuba lay out the structure dan lihat part mana yang perlu dibuat. By the way pogramming ok tak? Awak doalah setiap masa. I know your feelings and worries but kita beruntung berdoa kepada Allah saja banyak2.

Ya, ia bagai memberi semangat baru kepada saya untuk terus berjuang. Benar, hanya Allah yang Maha Mendengar. Hanya Dia tempat yang saya boleh mengharap. Dia juga tempat yang saya perlu mengadu nasib. Mungkin saya belum lagi berdoa bersungguh-sungguh.

Walau apa pun, terima kasih Prof Jam!

7 comments:

Nadiah Sidek said...

eh, student usm ke? usm mana? saya dan suami sama-sama belajar di usm induk :)

nurbijen said...

Yup, usm induk... saya kat school math, graduate tahun 2002

Nadiah Sidek said...

saya school kimia, suami bio. kami intake 2002 :)

nurbijen said...

Ooo, kita selisih la kalu mcm tu... tapi saya graduate master tahun 2003 :)

ummiizz said...

btol tu kak baini..prof jam mmg sgt supportive person. sokmo selisih je mesti tny perkembangan n tak miss bg nasihat. cerita beliau time buat phd mmg sokmo diulang2.. cerita nak quit buat phd, nk blk kg sampai sv pujuk..hihi

Sweetamieda. Blo said...

Good luck nur

nurbijen said...

Itu la Izzati... baik kan Prof Jam? Kita ni dia dah buat macam anak2 sendiri.. gaya nasibat pun macam nasihat anak jer :)

Terima kasih Ida... Doakan saya yer :)