Klik di sini....

Tuesday, November 29, 2011

Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Ini adalah tempat saya menjalani BTN pada 17-22 November 2011. Tempoh kursus selama 5 hari 4 malam dirasakan berlalu dengan pantas sekali. Kursus ini tidak lagi dipanggil kursus kenegaraan tetapi telah dijenamakan semula kepada "Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara (Master/PhD dan sub-Kepakaran)".

Modul baru yang digunakan, pada pendapat peribadi, saya sangat relevan. Dua hari pertama, slot wacana ilmu banyak membincangkan isu yang memberikan banyak manfaat kepada diri saya. Slot yang saya paling gemari ialah slot yang membincangkan budaya ilmu. Insya Allah, jika berkesempatan saya akan kongsikannya di blog ini pada catatan yang akan datang.

Dua hari yang seterusnya pula diisi dengan slot Diskusi iaitu melibatkan perbincangan dalam kumpulan atau lebih dikenali sebagai Latihan dalam kumpulan (LDK). Pengisian semasa LDK lebih menumpukan kepada isu-isu semasa dalam negara. Ia membuatkan saya sedar, Oh, banyak yang saya tidak tahu tentang apa sedang berlaku dalam Malaysia.

Hari yang terakhir pula adalah hari ujian. Soalan objektif sebanyak 60 soalan harus diselesaikan dalam masa satu jam 30 minit. Yang menariknya tentang ujian, ia adalah open book. Boleh buka buku semasa ujian. Ia berjaya membantu saya siapkan ujian dalam masa 50 minit.

Terasa sangat bertuah dapat mengikuti BTN di akademi ini. Selain daripada menu yang sedap setiap kali waktu makan, bilik penginapan juga sangat memuaskan. Setiap pegawai diberi satu bilik untuk setiap orang. Satu apartment mempunyai 3 bilik. Setiap aparment mempunyai dua tandas dan dua bilik air.

3 comments:

intan iefa said...
This comment has been removed by the author.
Diyana said...

Salam,

Thank you for your infor mengenai BTN ni. Saya akan mengikuti kursus pada hujung bulan Oktober ni. Pengalaman saya memohon cuti belajar ni pun sama ke dgn akak. Kena reject sebab belum pergi BTN. Yang saya risau, sijil IELTS saya akan tamat pertengahan bulan 12 ini. Saya pula dijangka fly bulan Januari 2014. Agak2 ada masalah di pihak KPT tak nanti?

nurbijen said...

Sorry, baru perasan ada komen kat sini. Sejujurnya, saya pun tak pandai nak beri komen, tapi ada kawan kes yang sama... utk langkah yg selamat, dia ambil jugak IELTS test, takut susah di kemudian hari :)