Sebenarnya saya dah dapat berita ni dua minggu lepas. Langsung tiada mood nak tulis dalam blog ni. Tapi bila ramai lagi rakan seperjuangan yang masih lagi bercuti sempena raya kurban, tiba-tiba mood untuk menulis datang menerjah.
Pertama kali dikhabarkan berita bahawa permohonan cuti belajar (CB) saya dalam status "KIV" - sebab belum hadiri BTN - rasa terkilan juga. Apa yang membuatkan saya terkilan adalah disebabkan pihak KPT hanya memaklumkan perkara tersebut selesai mesyuarat bulan Oktober. Kenapa tidak diberitahu sebaik sahaja pihak KPT menerima permohonan saya yang tidak lengkap itu?
Tetapi, saya cuba memujuk diri sendiri - mungin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya cuba minta pendapat daripada Urusetia CB. Tapi, memang dah tiada apa yang boleh dilakukan.
Kemudian saya cuba minta penjelasan dari pihak KPT dan telah mendapat email seperti berikut:
"Keputusan mesyuarat bil. 8 tahun 2011 telah membuat keputusan bahawa hanya pencalonan yang lengkap sahaja dibentangkan dan saya telah maklumkan kepada semua IPTA sejak bulan Ogos lagi."
Maka benarlah, ia merupakan polisi terbaru KPT. Saya terpaksa akur dengan keputusan. Sebelum ni, ramai rakan yang sedang CB menyarankan agar pergi ke BTN setelah mendapat kuota dari KPT. Kalau tak hanya membazir tenaga, dan wang menghadiri BTN andaikata kuota tidak diberi untuk meyambung pengajian di luar negara.
Sekarang, saya harus menasihatkan staf yang ingin cuti belajar supaya menghadiri kursus BTN dahulu sebelum mengemukakan permohanan ke urusetia cuti belajar. Lepas lulus IELTS (sekurang-kurangnya band 6.5), mesti terus daftar untuk hadiri BTN. Saya juga telah mencadangkan agar pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) menambahbaik sistem e-Cube dengan memasukkan BTN dalam senarai semak cuti belajar (agar tidak terlepas pandang keperluan BTN.)
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk staf yang sedang berkira-kira untuk menyambung pengajian di luar negara. Ingat, BTN adalah komponen yang sama penting dengan IELTS! (^___^)
No comments:
Post a Comment