Sebenarnya restoren ini adalah milik Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM), UMT. Ia adalah tempat latihan pelajar program makanan untuk memasak dan belajar tentang tatacara untuk menghidangkan makanan. Menu ala' carte yang disajikan sangat mengujakan. Juga lain dari yang lain. Khamis lepas, saya pesan menu berikut:
Golden pouch
Dragon fruit soda
dan Moist Chocolate Cake (tapi tak sempat nak snap gambar). Semuanya memang sangat enak.
Lain kali nak cuba air ni pula...
Blended Tapai Lychee.... rasa masam tapai dan laici sangat harmoni untuk dinikmati. Kepada yang belum cuba, jom kita ke sana lagi pada hari Khamis ni :)
No comments:
Post a Comment