Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria
Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu
Hilang semua rasa benci
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini ke depan bertanya berita
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini ke depan bertanya berita
Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang
Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma
Tidak tergoyang keimanan ini sayang
Walau selautan kasih yang engkau janjikan kepadaku itu tidak ikhlas
Inginku ketepikan rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria

Yang lebih utama terus membuktikan kukuh kedudukan usung kejayaan
Lagu yang mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Ini adalah lagu favourite saya suatu ketika dulu (dalam tahun 1994). Ia membantu memberi motivasi yang tinggi setiap kali mendapat markah peperiksaan yang tidak memberangsangkan walaupun ia bukan dalam konteks mempunyai kekasih :)
Saya paling suka rangkap terakhir (yang bold itu). Lagi tinggi kejayaan yang dikecapi, kita akan lebih merasa bahagia. Yang penting, bahagia yang dikecapi tentu sekali dapat dikongsi bersama orang yang kita sayang seperti keluarga, khususnya ibu bapa. Kalau dulu, saya cuba memberi yang terbaik untuk membanggakan kedua ibu bapa.
Masih saya ingati, saya pernah ditugaskan untuk membalut hadiah kepada ibu bapa yang anak-anaknya cemerlang dalam peperiksaan. Masa tu tahun 1995, iaitu saya berada dalam tingkatan empat. Saya berazam, pada tahun seterusnya (iaitu 1996) saya sangat teringin agar ibu bapa juga menerima hadiah yang sama dan Alhamdulillah, ianya telah manjadi kenyataan.

No comments:
Post a Comment