Tumpang bangga bila tengok bekas pelajar yang masuk surat khabar. Memang sangat kagum dengan Ten Wei Peng. Walaupun salah satu tangannya tidak dapat berfungsi dengan baik, tapi beliau seorang pelajar yang sangat rajin. Pada majlis konvo lepas, Ten Wei Peng telah berjaya memperoleh MSc Matematik secara penyelidikan dalam masa setahun.
Semasa Ten meminta saya untuk menjadi pengadil bagi menyambung pengajian peringkat PhD. Saya menyarankan agar Ten mengambil skim MyPhD tetapi Ten berpendapat dia nak kerja sambil belajar. Sekarang baru saya tahu kenapa Ten perlu kerja sambil belajar. Dia adalah anak sulung dan ibunya sedang menderita kanser ovari. Kesusahan hidup yang dialami Ten menjadikannya seorang yang sangat tabah walaupun bergelar OKU.
No comments:
Post a Comment