Secara peribadi, saya sangat menyukai personaliti yang dipanggil. Dari cara dia mengendalikan ceramah kepada ilmu yang telah beliau kongsikan bersama, cukup membuka minda dan emosi.
Slaid pertama beliau cukup saya kagumi atas sifat rendah diri yang ditunjukkan oleh penceramah. Slaidnya berbunyi seperti berikut:
Apa yang ingin saya kongsikan bersama dalam bicara ini...
Hanyalah sekadar secebis kisah dari pengalaman seorang insan yang telah ditakdirkan menjalani sebahagian kehidupannya sebagai pendidik di sebuah IPTA.
Beliau juga turut mengingatkan peserta supaya, andai kata timbul sedikit perasan riak (contohnya: bijak juga aku ni.... atau.... budget bagus dgn ilmu yang dimiliki) supaya cepat-cepat beristighfar dan berdoa kepada Allah supaya kita sentiasa dilindungi daripada perasaan tersebut.
Beliau banyak berkongsi penagalaman P&P sepanjang beliau berkhidmat sebagai pensyarah (hampir 30 tahun) di IPTA. Saya juga tertarik dengan kata-kata, "Memberi itu lebih membahagiakan diri kita dari mengambil". Bila kita banyak memberi tanpa mengharapkan balasan, Insya Allah, ganjaran yang dijanjikan oleh-Nya adalah jauh lebih besar daripada ganjaran yang dijanjikan oleh manusia. Tapi, ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan oleh manusia kerana kita tidak nampak anugerah yang diterima secara mata kasar. Contoh terbaik yg diberikan adalah nikmat kesihatan yang kita perolehi.
Walaupun telah mengikuti beberapa siri bengkel berkaitan Outcome Based Education (OBE), saya masih lagi keliru untuk mengaplikasikannya dalam P&P. Tetapi setelah menghadiri bengkel ini, saya rasa lebih terbuka untuk menggunakan OBE dalam P&P. Beliau telah berjaya merungkaikan beberapa kekusutan yang timbul sebelum ini terutama sekali cara yg perlu digunakan apabila melibatkan bilanagan pelajar yang ramai (pelajar saya 193 orang).
Contoh yang diberikan adalah "Active Learning". Kita boleh menyuruh pelajar membuat "student reflection" setiap kali selesai kuliah untuk menguji sejauh mana pemahaman pelajar semasa kuliah.
Kaedah yang lain adalah Co-operative Learning. Tapi method ni macam tak berapa sesuai nak apply untuk kelas yang besar :)
No comments:
Post a Comment