Ini status terkini cuti belajar yang dipaparkan dalam e-Cube.
Minggu lepas, dah masuk JKCB. Keputusan untuk JKCB masih belum dipaparkan. Biasanya peringkat UMT memang tiada masalah. Proposal "ship hull design" seolah-olah menarik perhatian ahli panel dalam JKCB. Mungkin disebabkan ia merupakan salah satu niche area UMT. Harapnya ia juga bakal menarik perhatian pihak KPT.
Dokumen untuk dihantar ke KPT kena submit sebelum 13 Okt ni. Semuanya telah diserahkan kepada urusetia cuti belajar. Mungkin lepas tu akan menyusul mesyuarat peringkat KPT pula. Semoga semuanya adalah seiring dengan perancangan. Lagi pun masa yang tinggal untuk membuat persiapan dah tak lama. Berbaki dalam dua bulan lebih jer.
No comments:
Post a Comment