Semalam saya sangat gembira bila dapat email dari bekas penyelia saya semasa master, Prof Jamaludin. Beliau saya panggil dengan gelaran Prof Jam. Walaupun dah hampir sepuluh tahun berlalu, kami selalu bertanya khabar di antara satu sama lain.
Untuk sambung PhD ni juga, saya banyak mendapat nasihat dari beliau. Setiap kali saya berkunjung ke USM, saya pasti menghubungi Prof dan beliau juga yang akan belanja kami (saya dan kawan-kawan) makan. Beliau saya dah anggap macam ayah - Ayah Penyelidikan :)
Emailnya Prof cuma ringkas, "
Bagaimana study sekarang?".
Tapi jawapan saya kepada email tersebut sangat panjang. Semua saya cerita betapa susahnya nak buat PhD. Dari soalan cuma sebaris, jawapan saya pula berbelas baris. Saya tahu, hanya Prof yang betul-betul faham tentang research yang sedang saya jalankan. Kami dari aliran yang sama. Setiap kali ada masalah dalam research, selalu saya teringat untuk email pada Prof. Tapi selalu lupa/ tak sempat. Akhirnya Prof yang tanya perkembangan saya pula :)
Nasihat berikut dari beliau sangat saya hargai...
Itu cabarannya buat PhD. Asyik nak bungkus baju saja. Kena cekalkan hati awak, spend times in labs, tetapi keluarga jangan abaikan, mereka sebagai
pemberi semangat. Saya dulu setiap kali tak dapat progress berhenti
sekejap sembahyang minta petunjuk. InsyaAllah awak akan berjaya.
Dan bila ditanya macam mana nak study smart, jawapan beliau:
You have to read and read sampai tahu apa nak buat tak semestinya faham
sampai keakar umbi. You should have an idea what to do. Cuba lay out the
structure dan lihat part mana yang perlu dibuat. By the way pogramming ok tak?
Awak doalah setiap masa. I know your feelings and worries but kita
beruntung berdoa kepada Allah saja banyak2.
Ya, ia bagai memberi semangat baru kepada saya untuk terus berjuang. Benar, hanya Allah yang Maha Mendengar. Hanya Dia tempat yang saya boleh mengharap. Dia juga tempat yang saya perlu mengadu nasib. Mungkin saya belum lagi berdoa bersungguh-sungguh.
Walau apa pun, terima kasih Prof Jam!