Klik di sini....

Wednesday, May 2, 2012

carian artikel

Minggu lepas jumpa penyelia. Sepatutnya kena buat sedikit ringkasan tentang Facial Action Coding System (FACS) dalam 3D. Tapi memang tak banyak artikel berkaitan bila cari dalam Google. Saya cuma bawa satu artikel yang dijangkakan sangat relevan.

Tapi malangnya, artikel tersebut juga tidak berkaitan. Penyelia pun tanya, apa dia kata kunci yang saya guna untuk carian. Saya kata - 3D FACS. Penyelia terus menuju ke komputer dan menaip kata kunci tersebut. Masa tu saya dah kecut perut takut penyelia jumpa tapi saya tak jumpa. Tapi mmg artikel yang percuma tak ada, yang ada hanya berbayar.

Mengalami situasi ini mengingatkan saya kepada pelajar Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) semasa mengajar di UMT beberapa semester lepas. Saya menyuruh pelajar mencari sorotan kajian tentang tajuk PITA tersebut. Minggu pertama, pelajar datang dan kata tiada sorotan kajian yang berkaitan. Saya pun beri masa lagi untuk cari hingga dapat. Datang minggu seterusnya, pelajar tersebut kata masih lagi tak jumpa artikel yang berkenaan. Saya  dapat agak yang pelajar tu tak cari pun artikel yang dimaksudkan. Tanpa buang masa, saya terus taip kata kunci yang dimaksudkan dalam pangkalan data perpustakaan. Berpuluh artikel yang keluar pada skrin komputer. Pelajar tu boleh pulak kata - eh kenapa puan cari ada, saya cari tak jumpa pun!

Sambungan...
Kata penyelia, ia cuma £4 - dikira murah untuk harga satu kertas ilmiah. Kalau betul kertas itu perlu, memang saya akan bayar. Tapi bila baca abstrak dan kesimpulan, macam tak ada kaitan. Saya dalam dilema!

2 comments:

fnh said...

tak boleh request ke dkt library? masa dkt UoW dulu, boleh request, dan librarian akan cari dkt library yg langgan database tu.. dan hntr softcopy dkt kita

nurbijen said...

Itu adalah caj library kat student bila dapatkan jurnal berbayar untuk student... kalau beli direct dari publisher, lagi mahal.. nak dapat murah kena order melalui library :)...

tp dah settle, sbb dah jumpa jurnal lain yg berkaitan, Alhamdulillah :)