Klik di sini....

Friday, April 27, 2012

XCode ke C Sharp

Sebelum ni penyelia sarankan guna XCode. Tapi sekarang dah beralih ke C# (org panggil C Sharp). Kelebihan  C# berbanding XCode ialah program C# boleh 'run' dalam Window dan juga Mac. Maka saya boleh guna desktop di makmal dan juga Macbook untuk buat pengaturcaraan. Tapi tujuan utamanya adalah sebab C# merupakan pengaturcaraan berdasarkan objek (object oriented programming - OOP). Lagi senang nak bentukkan objek seperti cirian lengkung.

Lagi satu, penyelia juga dah siap bagi programming dalam C#. Tak perlu lagi nak tukarkan ke XCode. Kat situ dah boleh jimatkan masa. Hasilnya, saya dah boleh hasilkan permukaan PDE (Partial differential equation) yang  mengandungi sembilan cebisan seperti beikut:

Cuma hidung jer yang agak terbentuk bila gunakan rumus berikut untuk setiap cebis.

Untuk menghasilkan bentuk yang lebih realistik (ada bentuk mata dan mulut), kena tambahkan bahagian baki, R(u,v), pada rumus di atas. Maka
iaitu
Harapnya dapat masukkan ungkapan R(u,v) dalam masa dua minggu. Doakan saya yer :)

No comments: