Kat sini, saya suka berjalan kaki - benda yang jarang buat kat Malaysia. Kalau kat UMT, pergi ke kelas yang cuma jaraknya beberapa ratus meter pun kena naik kereta. Alasan - penat nak jalan kaki dan berpeluh.
Namun suasana berbeza di Bradford. Mungkin cuaca kat sini yang nyaman dan tak panas. Sangat sesuai untuk berjalan menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan yang sama sekali sangat berbeza di Malaysia.
Tambahan pula, sekarang ni dah masuk musim bunga. Bunga-bunga dah mula mekar dan saya sangat suka dengan pemandangan seperti itu. Subhanallah, betapa cantiknya ciptaan-Mu Ya Allah. Terima kasih atas nikmat Mu ini Ya Allah...
Setiap pagi, saya akan menghantar anak-anak ke sekolah. Jarak rumah ke sekolah tak sampai satu kilometer. Seronok melihat suasana di waktu pagi. Anak-anak beriringan dengan ibu bapa masing-masing ke sekolah. Berjalan dalam masa 10 minit dah sampai di depan kelas.
Lepas hantar anak-anak, saya terus menuju ke universiti pula. Kalau jalan laju, 10 minit dah sampai ke universiti. Tapi kalau jalan dengan gaya santai sambil menikmati suasana pagi, ia mengambil masa sehingga 20 minit. Itu tak termasuk kalau singgah di kedai yang berdekatan. Mencari sedikit bekalan untuk dikunyah semasa belajar di universiti.
Saya suka berjalan kaki tapi sekarang musim hujan. Saya selalu dihantar dan dijemput oleh suami. Terima kasih suami ku sayang :)
No comments:
Post a Comment