Klik di sini....

Thursday, December 8, 2011

Nasi tumpang

Ia adalah salah satu ikon juadah negeri Kelantan. Saya ada salah seorang peminat setianya. Masih teringat, masa megandungkan anak kedua, Aisyah, saya selalu mengidamkan untuk sarapan dengan nasi tumpang ni.

Semasa Hari Raya korban bulan lepas, saya berpeluang makan nasi tumpang. Sangat bertuah rasanya dapat menjamu hidangan yang sangat sukar untuk dicari. Maka, dapatlah saya rakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan dalam blog ni.

 nasi tumpang ni diisi dalam kelongsong daun pisang
 nyum... nyum...
 nasi yang dilapis dengan lapisan lauk
 ada telur dadar, sambal daging, udang dan ikan aye

Saya peminat nasi tumpang... anda bagaimana?

2 comments:

Mama4hero said...

nasi tumpang?firstime dengar..nampak macam menarik..pasti sedap..x pernah pulak nampak di jual.

nurbijen said...

skrang dah susah nak jumpa nasi tumpang ni... tapi kalau ke kelantan, cuba la cari dan rasa, sedap la pada tekak saya :)