Klik di sini....

Monday, December 12, 2011

ATAS clearance

ATAS adalah singkatan kepada Academic Technology Approval Scheme. Sijil ATAS diperlukan bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke UK sebelum dibenarkan untuk memohon visa pelajar. Tetapi, tidak semua program pengajian memerlukan sijil ATAS. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web Foreign & Commonwelth Office.

Saya dah memohon sijil ini pada awal bulan November. Pada akhir bulan November, saya menerima email yang beberapa maklumat tidak mencukupi untuk permohonan saya diproses. Selepas mendapat maklumat yang dikehendaki dari universiti di UK, saya terus email maklumat yang diperlukan pada 30 November.

Kelmarin saya dapat email ni:

Dear Applicant,
 
Thank you for your email.
 
Your application has been amended. Please allow up to 20 working days to receive the outcome of your application. Unfortunately, we cannot specify an expected date for the outcome of your application.
 
Regards
 
The ATAS Unit
Foreign & Commonwealth Office

Status sekarang, saya masih menunggu keputusan permohonan ATAS. Ya Allah, permudahkan urusanku ini... amin!


1 comment:

Unknown said...

Salam Nur Bijien, saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan dengan Visa application... ATAS telah pun approved..

situasi soalan saya begini...
ketika apply ATAS, passport saya akan expired pada DEC 2013 dan tarikh ini tercatat dalam sijil ATAS.. Untuk apply VIsa nanti, saya bercadang untuk renew passport untuk 5 tahun akan datang.. dan tentulah tarikh expiry date yg baru dalam passport ialah pada tahun 2017..

isunya, adakah menjadi masalah sekiranya saya nak apply visa nanti? tarikh expiry date pada ATAS dec 2013 dan tarikh passport pada 2017...

harap awak dapat membantu.. thanks

khairiel