Ia lawatan sangat bermakna dan memberi pengetahuan. Kami ke sana berjalan kaki. Seawal jam 10 pagi, penyelia dah tunggu di depan lif. Bila semua dah berkumpul, kami menuju ke musuem bersama-sama sambil menikmati pemandangan di musim bunga.
Dalam 10 minit berjalan, kami tiba di tempat yang dituju. Masih belum ramai pengunjung di museum. Ada juga lawatan dari pelajar sekolah.
Ini gambar yang diambil sebelum saya melangkah ke ruang pameran. Saya begitu teruja untuk mengetahui jawapan bagi soalan yang diajukan. Jujurnya, satu soalan pun saya tak mampu nak jawab dengan yakin!
Ya, bila memasuki ruang pameran, satu persatu soalan telah berjaya dirungkaikan. Saya berkira-kira untuk membawa anak-anak ke sini bagi mangimbau sejarah perkembangan dunia teknologi. Dari zaman surat-menyurat hingga ke zaman maklumat di hujung jari. Semuanya diceritakan dalam pameran ini.
Bila tengok surat di atas sebagai salah satu cara popular untuk berhubung suatu masa dahulu, ia mengingatkan saya kepada kawan pena saya semasa kecil. Ya suatu masa dulu saya ada beberapa kenalan pena. Masa tu saya berada di tingkatan menengah. Kami selalu berutus surat walaupun tidak pernah jumpa di antara satu sama lain. Tetapi hubungan tersebut telah terputus bila masing-masing menjejakkan kaki ke menara gading.
Ini pula mereka yang bertanggungjawab membina internet. Internet bukan idea dari seorang tapi gabungan idea dari beberapa pakar teknologi.
Ini pula antara bahan pameran di tingkat atas. Ia menunjukkan konsep piksel komputer.