Klik di sini....

Friday, April 27, 2012

XCode ke C Sharp

Sebelum ni penyelia sarankan guna XCode. Tapi sekarang dah beralih ke C# (org panggil C Sharp). Kelebihan  C# berbanding XCode ialah program C# boleh 'run' dalam Window dan juga Mac. Maka saya boleh guna desktop di makmal dan juga Macbook untuk buat pengaturcaraan. Tapi tujuan utamanya adalah sebab C# merupakan pengaturcaraan berdasarkan objek (object oriented programming - OOP). Lagi senang nak bentukkan objek seperti cirian lengkung.

Lagi satu, penyelia juga dah siap bagi programming dalam C#. Tak perlu lagi nak tukarkan ke XCode. Kat situ dah boleh jimatkan masa. Hasilnya, saya dah boleh hasilkan permukaan PDE (Partial differential equation) yang  mengandungi sembilan cebisan seperti beikut:

Cuma hidung jer yang agak terbentuk bila gunakan rumus berikut untuk setiap cebis.

Untuk menghasilkan bentuk yang lebih realistik (ada bentuk mata dan mulut), kena tambahkan bahagian baki, R(u,v), pada rumus di atas. Maka
iaitu
Harapnya dapat masukkan ungkapan R(u,v) dalam masa dua minggu. Doakan saya yer :)

Thursday, April 26, 2012

backup iPhoto

Hari ni saya cuba pindahkan semua gambar dalam MacBook ke dalam external hard disc (HD). Tapi HD yang saya ada format Windows NT File System (NTFS). Maka, macbook saya cuma boleh baca kandungan dalam HD tu, tapi tak boleh nak simpan data dari Macbook. Itu pun selepas baca forum dari sini...

(how can i write to ntsf hard drive from mac os X lion)

Tempek kat sini la senang nak refer:
You need to either reformat the drive - NTFS  and FAT32 are Windows formats, or get something like NTFS for Mac.

Mac OS Extended is the OS X format.

OS X can read and write to FAT32 formatted disks
OS X Can read but not write to NTFS formatted disk.

Note: if you choose to reformat, your drive will be erased, so you will need to "park" your data/files on a PC temporarily.

Maka kena beli satu lagi external HD untuk backup file dalam macbook. Tapi kena tunggu elaun dulu la kot.

Tak boleh nak copy ke dalam HD tu satu hal. Satu hal lagi, mcm mana nak copy semua gambar dari iPhoto ke dalam HD. Forum berikut pula diharap boleh mambantu:

Cadangannya juga saya tampal di sini:

Make sure the drive is formatted Mac OS Extended (Journaled)

1. Quit iPhoto

2. Copy the iPhoto Library from your Pictures Folder to the External Disk.

3. Hold down the option (or alt) key while launching iPhoto. From the resulting menu select 'Choose Library' and navigate to the new location. From that point on this will be the default location of your library.

4. Test the library and when you're sure all is well, trash the one on your internal HD to free up space.

Regards


TD

Tuesday, April 24, 2012

berjalan kaki

Kat sini, saya suka berjalan kaki - benda yang jarang buat kat Malaysia. Kalau kat UMT, pergi ke kelas yang cuma jaraknya beberapa ratus meter pun kena naik kereta. Alasan - penat nak jalan kaki dan berpeluh.

Namun suasana berbeza di Bradford. Mungkin cuaca kat sini yang nyaman dan tak panas. Sangat sesuai untuk berjalan menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan yang sama sekali sangat berbeza di Malaysia.

Tambahan pula, sekarang ni dah masuk musim bunga. Bunga-bunga dah mula mekar dan saya sangat suka dengan pemandangan seperti itu. Subhanallah, betapa cantiknya ciptaan-Mu Ya Allah. Terima kasih atas nikmat Mu ini Ya Allah...

Setiap pagi, saya akan menghantar anak-anak ke sekolah. Jarak rumah ke sekolah tak sampai satu kilometer. Seronok melihat suasana di waktu pagi. Anak-anak beriringan dengan ibu bapa masing-masing ke sekolah. Berjalan dalam masa 10 minit dah sampai di depan kelas.

Lepas hantar anak-anak, saya terus menuju ke universiti pula. Kalau jalan laju, 10 minit dah sampai ke universiti. Tapi kalau jalan dengan gaya santai sambil menikmati suasana pagi, ia mengambil masa sehingga 20 minit. Itu tak termasuk kalau singgah di kedai yang berdekatan. Mencari sedikit bekalan untuk dikunyah semasa belajar di universiti.

Saya suka berjalan kaki tapi sekarang musim hujan. Saya selalu dihantar dan dijemput oleh suami. Terima kasih suami ku sayang :)

Monday, April 23, 2012

Mendeley vs EndNote

Bila menulis artikel, cara nak cited jurnal yang dirujuk adalah penting. Mungkin ramai yang dah biasa dengan Endnote. Tapi bila baca blog Dr Othman Talib, dia sarankan utk gunakan Mendeley, sebab software ni free dan kita boleh simpan artikel sehingga 1 GB secara atas talian. Ada masa kena explore ni.

Nak letak link dulu kali , nanti bila perlu senang nak rujuk entri dalm blog Dr OT. Ada tak sesiapa nak kongsi pengalaman berkaitan Endnote?

Thursday, April 19, 2012

elaun KPT

Saja nak letak link ni... nanti senang nak check bila elaun masuk:

https://payloan.mohe.gov.my/ledger/index.php

Ni pulak jadual pembayaran elaun dari KPT 2012:


Dari sumber sini, mungkin UMT pula akan bayar sebulan lebih awal. Macam dalam jadual kat bawah ni:

Alhamdulillah, kat Bradford segala benda murah... rumah sewa, makanan (2 ketul ayam dan kentang goreng cuma £0.99 sahaja)... so ada la sikit boleh buat simpanan :)