Klik di sini....

Thursday, March 8, 2012

XCode

Sekarang dah mula sikit-sikit belajar pengaturcaraan OpenGL dalam C.  Fuh, masih lagi merangkak-rangkak sebab dah lama tinggalkan pengaturcaraan. Tapi akan cuba sedaya mungkin supaya dapat balik kemahiran nak cari kesalahan (debugging error) suatu ketika dulu.

Bila melihatkan kemajuan saya yang sangat lambat dalam menulis aturcara (programming), suatu hari penyelia (supervisor - SV) bertanya,

SV: Do you have a notebook?
Me: Yes, I do.
SV: Then you can do programming using your own laptop. Just install Microsoft Visual C++.
Me: No I can't because it was a Macbook.
SV: Then you have learn how to use openGL on Macbook. Next time bring your macbook and we learn together.

Sangat terharu bila SV nak ajar guna OpenGL dalam Macbook. Tapi sebelum jumpa SV pada minggu berikutnya, saya cuba cari sendiri cara nak buat pengaturcaraan menggunakan Macbook. Hasil carian, saya kena muat turun Xcode. Sekarang Apple dah keluarkan XCode4 yang sangat mesra pengguna.

Malangnya saya tak dapat nak muat turun XCode kerana Xcode memerlukan sistem pengoperasi (operating system-OS) OS X Lion 10.7. Maka saya kena naik taraf sistem pengoperasi sedia ada (10.6) kepada OS X Lion 10.7.

Ini pula pautan yang diberi oleh SV melalui email: XCode Tutorial.

No comments: