Suka dengan peringatan dari Prof. Dr Muhaya dalam facebook beliau... (nak letak dalam blog sebagai rujukan)
Dimana dan bagaimana situasi kita dan keluarga dalam lima aspek kehidupan iaitu kesihatan, kecerdikan, kerohanian, kasih sayang dan kewangan lima tahun akan datang bergantung pada keputusan dan pilihan yg kita buat dari segi buku yg di baca, kawan yg kita ada, tv yg di tonton, seminar atau majlis ilmu yg dihadhiri etc. menyesallah mereka yang hanya fokus pada keseronokan jangka pendek dan penyesalan masa depan. setiap perbelanjaan yang tidak kearah mendapat ilmu membina keimanan dan akhlak akan merugikan. Ramai manusia tertipu membelanjakan wang atas makanan yang kosong nutrisinya tapi tinggi kalorinya, membeli barangan jenama untuk meningkatkan status disisi manusia, tidak mencari ilmu menyebabkan jiwa penuh reaktif dan tidak proaktif dan menyalahkan keadaan atas pencapaian yg sedikit. mereka yang melabur pada ilmu dan takwa insyaallah tersenyum gembira di dunia dan di akhirat. lihat di mana fokus kita itulah tuaian kita masa depan .
Banyak yang masih boleh diperbaiki dalam kehidupan seharian. Semoga kita tidak berada dalam kumpulan yang menyesal pada 5 tahun akan datang :).
No comments:
Post a Comment