Klik di sini....

Thursday, March 29, 2012

pusing jam

Hari ni baru baca email ni:

Message to all international and EU students:
Clocks go forward on Sunday 25th March by one hour - don't forget!

Hi All

Just to let you know that in the UK, the clocks go forward by one hour, on Sunday 25 March.  
Don't forget to adjust watches, clocks, mobiles so that you don't get in a muddle with your lecture times! 
Although it means one hour less sleep, the good news is that it will be much lighter in the evenings - at long last!   

Lupa nak catat perkara ni dalam diari. Kebetulan hari Ahad lepas ada jemputan kawan lepas Zuhur iaitu dalam pukul 1. Akibatnya kami tiba lewat satu jam sebab tak tahu nak kena ubah jam.

Bila ubah jam, waktu solat pun kena ubah. Sekarang dah mula pening utk jumpa dengan penyelia esok. Saya kena jumpa penyelia setiap hari Jumaat pukul 2.00 petang. Jadi sekarang pukul 1.30 ptg baru solat Jumaat. Biasanya tiap kali solat jumaat, saya kena balik rumah untuk tengokkan anak. Erm nampak gayanya esok kena jumpa dgn penyelia sekali dgn anak :)

nota: antara pengalaman yang tak kan berlaku di Malaysia - pusing jam :)

Monday, March 26, 2012

kata-kata Prof

Suka dengan peringatan dari Prof. Dr Muhaya dalam facebook beliau... (nak letak dalam blog sebagai rujukan)


Dimana dan bagaimana situasi kita dan keluarga dalam lima aspek kehidupan iaitu kesihatan, kecerdikan, kerohanian, kasih sayang dan kewangan lima tahun akan datang bergantung pada keputusan dan pilihan yg kita buat dari segi buku yg di baca, kawan yg kita ada, tv yg di tonton, seminar atau majlis ilmu yg dihadhiri etc. menyesallah mereka yang hanya fokus pada keseronokan jangka pendek dan penyesalan masa depan. setiap perbelanjaan yang tidak kearah mendapat ilmu membina keimanan dan akhlak akan merugikan. Ramai manusia tertipu membelanjakan wang atas makanan yang kosong nutrisinya tapi tinggi kalorinya, membeli barangan jenama untuk meningkatkan status disisi manusia, tidak mencari ilmu menyebabkan jiwa penuh reaktif dan tidak proaktif dan menyalahkan keadaan atas pencapaian yg sedikit. mereka yang melabur pada ilmu dan takwa insyaallah tersenyum gembira di dunia dan di akhirat. lihat di mana fokus kita itulah tuaian kita masa depan .

Banyak yang masih boleh diperbaiki dalam kehidupan seharian. Semoga kita tidak berada dalam kumpulan yang menyesal pada 5 tahun akan datang :).

Thursday, March 8, 2012

XCode

Sekarang dah mula sikit-sikit belajar pengaturcaraan OpenGL dalam C.  Fuh, masih lagi merangkak-rangkak sebab dah lama tinggalkan pengaturcaraan. Tapi akan cuba sedaya mungkin supaya dapat balik kemahiran nak cari kesalahan (debugging error) suatu ketika dulu.

Bila melihatkan kemajuan saya yang sangat lambat dalam menulis aturcara (programming), suatu hari penyelia (supervisor - SV) bertanya,

SV: Do you have a notebook?
Me: Yes, I do.
SV: Then you can do programming using your own laptop. Just install Microsoft Visual C++.
Me: No I can't because it was a Macbook.
SV: Then you have learn how to use openGL on Macbook. Next time bring your macbook and we learn together.

Sangat terharu bila SV nak ajar guna OpenGL dalam Macbook. Tapi sebelum jumpa SV pada minggu berikutnya, saya cuba cari sendiri cara nak buat pengaturcaraan menggunakan Macbook. Hasil carian, saya kena muat turun Xcode. Sekarang Apple dah keluarkan XCode4 yang sangat mesra pengguna.

Malangnya saya tak dapat nak muat turun XCode kerana Xcode memerlukan sistem pengoperasi (operating system-OS) OS X Lion 10.7. Maka saya kena naik taraf sistem pengoperasi sedia ada (10.6) kepada OS X Lion 10.7.

Ini pula pautan yang diberi oleh SV melalui email: XCode Tutorial.