Klik di sini....

Thursday, June 28, 2012

tips semasa defence proposal

Dapat ni dari Doctorate Support Group (DSG):

"First 5 minutes, you must be able to give the overview of your entire project. If people don't see the BIG PICTURE after 5 minutes, they normally start shutting off themselves. That is why it is always good to start with a clear research framework, in a graphic form.

The last 3 minute, you must be able re-emphasize why your research is relevant and important. Especially in the context of filling the gaps in the existing corpus of knowledge.

Ini adalah permulaan dan penamat yang biasanya boleh 'melembutkan' hati para panel. So they would be less harder to you.

Those are my tips from oratory point of view. Weak presentation can devalue even a very strong research."

Tips yang berguna untuk mempertahankan proposal nanti. Walaupun masih agak jauh perjalanan itu. Tapi suatu masa nanti saya akan melaluinya.


Thursday, June 7, 2012

Library Genesis

Nak letak pautan ni untuk rujukan bila memerlukan ebook percuma.

http://free-books.us.to/

Setakat ni saya dah muat turun lima buku. Ada banyak lagi yang akan dimuat turun.
Jemput klik kat pautan tu, tak rugi kalau baca banyak buku, kan?

**update 27 Jun - Eh, kenapa pautan ni tak boleh pula? Hurm....

Friday, May 25, 2012

National Media Museum

Ia antara tempat tarikan di Bradford. Kali pertama saya menjejakkan kaki di sini pada 4 Mei lepas bersama rakan-rakan dari kumpulan penyelidikan CVC termasuklah penyelia saya. Ia bersempena pameran "Life Online gallery".

Ia lawatan sangat bermakna dan memberi pengetahuan. Kami ke sana berjalan kaki. Seawal jam 10 pagi, penyelia dah tunggu di depan lif. Bila semua dah berkumpul, kami menuju ke musuem bersama-sama sambil menikmati pemandangan di musim bunga.


Dalam 10 minit berjalan, kami tiba di tempat yang dituju. Masih belum ramai pengunjung di museum. Ada juga lawatan dari pelajar sekolah.

Ini gambar yang diambil sebelum saya melangkah ke ruang pameran. Saya begitu teruja untuk mengetahui jawapan bagi soalan yang diajukan. Jujurnya, satu soalan pun saya tak mampu nak jawab dengan yakin!
 
Ya, bila memasuki ruang pameran, satu persatu soalan telah berjaya dirungkaikan. Saya berkira-kira untuk membawa anak-anak ke sini bagi mangimbau sejarah perkembangan dunia teknologi. Dari zaman surat-menyurat hingga ke zaman maklumat di hujung jari. Semuanya diceritakan dalam pameran ini.

 Bila tengok surat di atas sebagai salah satu cara popular untuk berhubung suatu masa dahulu, ia mengingatkan saya kepada kawan pena saya semasa kecil. Ya suatu masa dulu saya ada beberapa kenalan pena. Masa tu saya berada di tingkatan menengah. Kami selalu berutus surat walaupun tidak pernah jumpa di antara satu sama lain. Tetapi hubungan tersebut telah terputus bila masing-masing menjejakkan kaki ke menara gading.

Ini pula mereka yang bertanggungjawab membina internet. Internet bukan idea dari seorang tapi gabungan idea dari beberapa pakar teknologi.
 Ini pula antara bahan pameran di tingkat atas. Ia menunjukkan konsep piksel komputer.