Tertarik untuk simpan peringatan dari Prof Muhaya ni. Nak paste kat sini buat rujukan di masa hadapan.
Kanak kanak yg dibesarkan dgn pujian menjadi yakin pada diri dan anak anak yg dibesarkan dgn kritikan dan cemuhan hilang keyakinan diri. Audit bagaiamana kita besarkan anak anak kita.
Siapa yg kurang yakin pada diri cuba ingat berapa kali di kritik banding dgn pujian masa kecil. Mulakan memuji Anak anak suatu investment yg baik pada dunia dalaman mereka. Puji dan syukur atas segalanya. Lihat bahasa kita itulah dunia dalaman kita dan itulah hasil kehidupan kita.
Lihat diri kita dan ingat bagaiamana kita dibesarkan. Jika baik buat benda yg sama pada anak anak. Jika tidak, ubah dan jgn ikut. Tidak ada faedah segala negativiti dalam kehidupan ini.
Mulakan hari anda dengan cas positif supaya cas itu juga akan menyinari orang sekeliling anda termasuk anak-anak.
Tapi betul, kalau perhatikan tingkah laku dan cara percakapan anak-anak, ada diri kita dalam personaliti mereka. Bila kita suka beri pujian, secara automatik anak-anak juga akan selalu memberi pujian. Percayalah, saya dah mengalaminya :)
Klik di sini....
Monday, August 27, 2012
nota dari Prof Muhaya
Monday, August 20, 2012
Perasaan bercampur aduk
Ini adalah kali pertama saya dan keluarga beraya di Bradford, United Kingdom. Sambutannya sangat berbeza 360 darjah dengan sambutan di negara tempat tumpah darahku.
Tentu sekali ia sambutan tanpa ahli keluarga. Sambutan tanpa ummi (ibu saya), mek (ibu mertua), ayah (ayah mertua), adik beradik, ipar duai, sanak saudara mahupun sahabat terdekat. Hanya telefon dan panggilan video (skype) yang menghubungkan kami.
Bayangkan perasaan saya apabila ummi hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat wajah kami di komputer menerusi skype. Tiada sepatah kata yang mampu ummi ucapkan. Sebagai anak, saya cuba menjadi setabah mungkin. Walaupun hati kecil saya menangis di dalam, saya cuba mempamerkan wajah yang biasa saja. Saya mahu ummi tahu bahawa anaknya seorang yang kuat.
Alhamdulillah, tahun ini saya dan anak-anak buat pertama kalinya berpeluang melakukan solat sunat Aidilfitri. Ya, ia adalah kali pertama bersama anak-anak. Baru saya sedar bahawa sudah tujuh tahun berturut-turut saya tidak menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tradisi keluarga mertua (setiap tahun, saya akan beraya di rumah mertua - tiada sistem giliran), anak menantu perempuan akan berada di dapur untuk menyiapkan juadah raya kepada tetamu dan menyiapkan anak-anak dengan busana raya.
Perasan syukur kepada Yang Esa tidak putus-putus diucapkan kepada-Nya. Saya tidak akan solat sunat Aidilfitri di negara sendiri, tapi berpeluang melakukannya di negara orang. Berada dalam kalangan ahli jemaah yang berbilang warna kulit juga membuatkan saya tidak putus-putus memuji kebesaran-Nya. Apatah lagi dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama anak-anak. Ia kenangan sangat manis yang pernah saya lalui. Terima kasih Allah.
Tahun ini juga, saya tidak mengunjugi pusara ayahanda. Entah bagaimana agaknya rupa pusara ayah sekarang? Tapi saya tidak risau sebab abang-abang (saya ada dua orang abang) dan adik-adik (saya ada lima orang adik) pasti akan ke sana membersihkan pusara ayah di pagi Aidilfitri. Hanya iringan doa yang mampu saya hadiahkan dari jauh, Al-Fatihah.

Adik dan kakak sedang dengar khutbah raya
Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, amin!
Tahun ini juga, saya tidak mengunjugi pusara ayahanda. Entah bagaimana agaknya rupa pusara ayah sekarang? Tapi saya tidak risau sebab abang-abang (saya ada dua orang abang) dan adik-adik (saya ada lima orang adik) pasti akan ke sana membersihkan pusara ayah di pagi Aidilfitri. Hanya iringan doa yang mampu saya hadiahkan dari jauh, Al-Fatihah.
Friday, August 10, 2012
gaji sikit???
Ni keratan suratkhabar, StarBizWeek pada bulan lepas (14 July 2012). Salah seorang rakan muatnaik dalam facebook. Kalau rakan-rakan perhatikan pada jadual berikut, apa yang bermain dalam fikiran anda?
Bila melihat angka-angka di atas, jelas menunjukkan bahawa
1) gaji lepasan ijazah di Malaysia sangat sikit. Lagi senang nak nampak sebab London tu berada atas Kuala Lumpur. Setahun, kita cuma dapat dalam £6000.
2) harga kereta yang dijual di Malaysia secara relatif sangat mahal berbanding gaji yang kita perolehi. Maka, simpan sahaja niat kalau nak pakai Honda Civic. Untuk orang baru kerja, memadai dengan pakai si kancil sahaja.
Bila belajar di sini, antara soalan yang orang selalu ditanya:
1) Dapat biasiswa apa?
2) Datang seorang atau bersama keluarga?
3) Buat penyelidikan tentang apa?
4) Di Malaysia kerja apa?
Lepas soalan yang keempat, saya agak tidak selesa untuk jawab soalan cepu emas yang seterusnya. "Berapa gaji pensyarah di M'sia?". Biasanya saya cuma senyum panjang.. kemudian saya tarik nafas dalam-dalam dan kata, "Tak ada la banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ianya kurang dari £1000."
Si penyoal juga terdiam mendengar jawapan saya. Mesti dia terkejut dengan bayaran seorang pensyarah setiap bulan. Bayangkan mereka dibayar £2000 sebulan - walaupun dia bukan orang UK. Giliran saya pula terbeliak mata.
Saturday, August 4, 2012
Masalah kipas Macbook
Sejak dua tiga hari lepas, saya perasan kipas Macbook sentiasa berpusing walaupun baru hidupkan komputer. Hati dah mula risau - jangan lah Macbook ni kena masuk wad.
Seperti biasa, saya akan mendapatkan bantuan dari google. Tangan menaip kata kunci, "macbook fan always on". Keluarlah berberapa saranan dari google. Saya klik pada forum Apple Support Communities. Ada penyelesaian yang diberikan dari pautan ini.
Lepas saya lakukan saranan yang diberikan, Alhamdulillah ia memberikan hasil. Pastinya saya lega :)

Subscribe to:
Posts (Atom)