Dua minggu lepas dah jumpa dentist untuk tampal gigi. Dah rasa lega sebab dah dapat dentist setelah beberapa minggu mencuba. Kat sini agak sukar untuk cari dentist. Nak masuk dalam senarai menunggu pun susah.
Hati berbunga gembira bila dapat panggilan dari Dentistry@BD4. Saya terus buat temujanji. Semasa temujanji kali pertama, doktor cuma memeriksa gigi. Buka periksa ala kadar, tapi siap x-ray lagi. Kali pertama dalam hidup x-ray gigi :)
Dari x-ray tu boleh tengok susunan gigi saya. Doktor kata gigi saya sangat rapat. Sebab tu mudah rosak kalau tak jaga dengan baik. Kena selalu guna floss gigi untuk keluarkan sisa makanan di celah gigi. Saya mengaku - saya tak suka guna floss gigi. Nampaknya kena rajinkan diri untuk floss gigi supaya gigi saya kekal hingga ke tua :)
Temujanji kali kedua baru doktor tampal gigi saya yang berlubang tu. Sebagai rekod, ia adalah kali ketiga gigi yang sama ditampal. Nasib baik masih boleh diselamatkan. Kalau tampalan kali ni tak berjaya (masih lagi sakit), doktor bagi dua pilihan - cabut atau tanam akar (
canal root). Kos untuk tanam akar sekitar £120. Rasanya lebih kurang sama dengan kos tanam akar kat Malaysia, kan?
Proses tampalan tu ambil masa dalam 30 minit juga. Mula-mula doktor bius dulu tempat nak tampal. Pengalaman sebelum ni, tak pernah pula dibius sebelum tampal gigi. Lain pula prosedur kat sini. Doktor kata, "Tooth is a life part. That's why we need to give numbness before procedure". Saya cuma anggukkan kepala tanda mengiayakan.
Sementara menunggu kawasan dibius kebas, doktor membersihkan gigi saya. Habis licin semua karang gigi dikerjakan oleh doktor. Gigi terasa ringan sebab karang gigi dah tiada. Lepas tu proses tampalan dijalankan. Doktor mengeluarkan tampalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru. Doktor pesan, "If you want me to stop, raise your left hand". Ada sekali saya angkat tangan sebab mulut rasa sangat lenguh.
Apabila selesai, doktor memberi beberapa peringatan - jgn makan dalam tempoh sejam, jangan makan makan keras di bahagian tampalan, makan makanan yang lembut dan lain-lain. Alhamdulillah, hingga hari ni bahagian yang ditampal tidak mendatangkan sebarang masalah.
Apa yang nak cerita hari ni ialah gigi lain pula yang sakit. Hari tu gigi sebelah kiri bahagian bawah, kali ni gigi bahagian yang sama sebelah atas pula. Dugaan... dalam dilema, nak jumpa doktor atau tunggu sakit gigi kuat baru jumpa?