Klik di sini....

Tuesday, January 17, 2012

hari pendaftaran

Hari ini, 16 Januari 2012 saya telah bergelar pelajar. Telah selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar PhD di University of Bradford, England.

Banyak pengalaman baru telah dialami yang hendak diceritakan dalam blog. Insya Allah, akan cuba menceritakan satu persatu di sini.

Alhamdulillah, pengalaman pertama kami merantau ke negara orang yang jauhnya berpuluh ribu batu ini telah dipermudahkan oleh-Nya. Tiba di bumi bradford ini, kami banyak dibantu oleh pelajar Melayu yang belajar di universiti yang sama. Dari bantuan mereka menjemput kami di lapangan terbang sehinggalah mereka membantu apa yang patut untuk rumah sewa kami. Kami merasa sangat terharu atas layanan yang diberikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik mereka kepada kami sekeluarga.

2 comments:

ayukhairy said...

ooooakak belajar ye kak sana..selamat menuntut ilmu ye kak

nurbijen said...

Tq ayu... merantau sambil menuntut ilmu :)