Sebelum ni, biasanya saya ke sekolah berteman. Teman setia saya adalah Kak Nik sebab kami tinggal di kejiranan yang sama. Rumah Kak Nik hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Kak Nik juga adalah orang saya saya selalu rujuk selain Kak Nor dan Yati.
Sebelah pagi, saya akan berjalan bersama Kak Nik untuk ke sekolah. Disebabkan Kak Nik sekarang dah tahun akhir dan berada dalam fasa menulis, biasanya Kak Nik akan pulang sedikit lewat. Tiap kali pukul 5, Kak Nik kelihatan resah apabila saya masih belum pulang ke rumah. Kak Nik sungguh mengambil berat akan keselamatan saya. Saya kata, "Tak pe, saya sanggup tunggu Kak Nik".
Suatu hari, saya menyuarakan hasrat untuk pulang ke rumah sendirian. Raut muka Kak Nik terus berubah. Dia kelihatan sangat risau dengan keinginan saya. Saya cuba menyakinkan Kak Nik yang saya akan selamat sampai di rumah. Kak Nik menunjukkan arah yang saya perlu ikuti dan terpaksa juga melepaskan saya sendirian.
Sangkaan Kak Nik sangat benar. Memang saya belum kenal dengan baik jalan sekitar universiti. Nak keluar dari bangunan sekolah pun dua tiga kali turun naik lif sebab tak jumpa pintu keluar. Rupanya saya tersalah lif. Lif yang biasa kami naik adalah lif di luar bangunan tapi saya turun ikut lif yang di sebelah makmal sahaja. Nasib baik ternampak kelibat pelajar lain yang turun melalui tangga dan saya cuma mengekorinya sahaja.
** bersambung - kisah sesat di kampus **
