Klik di sini....

Wednesday, December 10, 2014

Re-enrollment

Setiap tahun, kena enrol secara online di e-vision....
Alhamdulillah, dah selesai enroll untuk tahun akhir pengajian...

Lepas jer selesai enrol, terus dapat email ni...
Sebagai pemegang Visa Tier 4, kena hadiri tiga kali checkpoint. Biasa akan dapat email untuk hadiri checkpoint tersebut.

Yuran pengajian untuk tahun akhir pula adalah seperti berikut:
Rasa kejap jer dah tahun akhir.
Tak sabar to end the game.
Tak sabar nak balik M'sia.
Insya Allah, semoga permudahkan urusan saya dan kawan-kawan yang sedang berjuang....

Friday, November 7, 2014

Kali pertama....

...kena present kat research seminar kat kumpulan Centre for Visual Computing (CVC).
Dah beberapa kali saya cuba menolak sebab belum bersedia.
Tapi akhirnya saya terima sebab teringin jugak nak bercakap kat depan ahli kumpulan sambil berkongsi tentang penyelidikan yang saya sedang buat.
Jadi kelmarin, 6 Nov 2014 giliran saya pula :)

Research seminar ni diadakan dua minggu sekali pada hari Khamis jam 11.00 hingga pukul 12 tgh hari.
Ni antara ahli2 dalam kumpulan penyelidikan CVC...
Gambar cilok dari facebook Prof Hassan.
Sebenarnya ada lagi dua orang ahli perempuan yang tiada dalam gambar.
Yang lain semua lelaki.
Computing memang sinonim dengan kaum adam kot.
Tapi mereka semua sangat sporting dan tak lokek nak berkongsi ilmu dan juga pengalaman.
Jadi tidaklah rasa kekok sangat berada dalam  kalangan mereka :)

Berbalik pada presentation saya kelmarin.
Memang saya tak sempat nak buat persediaan sangat.
Pagi tu baru siap slide presentation sebab tiba-tiba malam tu kena gastrik pula.
Menyucuk-nyucuk rasa ulu hati.
Dugaan sungguh.
Nasib baik bangun pagi tu rasa sihat jadi saya teruskan sediakan slide.

Tak lama pun saya present.
Dalam 35 minit.
Penatnya kena cakap english lama-lama.
Nasib baik tak cramp lidah sbb asyik duk tergeliat jer... keh keh keh.

Masa mula2 present, sedikit lega sebab semua kawan2 yg buat PhD dan penyelia jer yang ada dalam tu.
Tak lama lepas tu, lepas seorang demi seorang masuk hingga nak penuh bilik.
Yang buat saya bertambah gugup, internal examiner (Prof Rami) semasa saya transfer tempoh hari juga hadir.
Lepas tu dah tak boleh fokus dengan baik.
Mula lah cakap ikut sedap mulut jer lepas tu... Nasib baik tak cakap melayu jer.... huhuhu

Lepas present, seperti biasa ada sesi soal jawab.
Prof Rami ada tanya dua soalan.
Dua-dua soalan adalah soalan yang sama dia  tanya masa transfer.
Saya cuba jawab, tapi lepas saya explain penyelia pula yang buat penambah baikan.
Beri lebih penjelasan,
Rasanya kena catat soalan-soalan tu kat blog bila ada masa.
Soalan spot bila viva nanti rasanya.

Ada juga yang bertanya soalan semasa saya tengah present.
Tapi kebetulan saya dah ada jawapan dalam slide berikutnya.
Advance sungguh, tak sempat nak explain dah tanya soalan.
Tapi bagus juga sesi interaktif mcm tu :)

Tak sangka, lepas tu ramai juga puji pasal presentation tu walau saya rasa boleh buat lebih baik daripada tu.
Kat sini mereka tak kisah sgt pasal broken english, janji benda yg kita nak sampaikan tu jelas.
Ada kawan yg background Life Science juga gembira sebab dia kali pertama attend research seminar CVC di luar bidang dia tapi boleh faham pasal penyelidikan yang saya sedang jalankan.
Hingga ke hari ni, mereka masih bercakap pasal presentation semalam.
Belum putus lagi terima ucapan tahniah dari kawan2.
Alhamdulillah, seronok juga bila dapat sokongan dan feed back yang positif.
Memang satu pengalaman yang cukup bermakna :)


Monday, September 1, 2014

MacBook pun kena virus!

Ni kisah minggu lepas.
Tak tahu macam mana MacBook saya boleh kena virus.

Boleh bayangkan, bila kita buka new tab dan nak taip adress, new window pop up dengan sendiri.
Mula la rasa cuak bila jadi mcm tu hinggalah saya jumpa link ni...

http://www.thesafemac.com/arg/


Sebijik dengan symptoms yang kena kat MacBook saya.
Rupanya bukan virus tapi dikenali dengan nama 'Adware'.
Adware ni memang boleh berjangkit ke MacBook.

Boleh baca banyak lagi maklumat pasal MacBook yg menyerang MacBook di link ni.
http://www.thesafemac.com/mmg/


Friday, August 1, 2014

Hidangan raya

Salam lebaran buat semua...
Hari ni dah masuk raya ke-4.
Tentu sekali ramai yang masih memenuhi jemputan rumah terbuka.
Tapi ini lah santapan di "rumah terbuka" bagi seorang pelajar...
Santapan ilmu...
Inilah dinamakan pengorbanan.
Tolak tepi dulu keseronokan berhari raya.
Bila habis belajar, boleh la raya puas-puas :)
Harapnya ini raya terakhir di negara orang.
Rindu M'sia sgt2.
Doakan kejayaan saya di sini.

Saturday, June 14, 2014

VC Visit

Jumaat beberapa minggu lepas, 30 Mei 2014, pusat penyelidikan di mana saya ditempatkan iaitu Center of Visual  Computing (CVC) menerima kunjungan dari Naib Canselor Uni Of Bradford (Vice Canselor - VC). Menurut supervisor (SV) saya, bukan senang dapat peluang jumpa VC macam ni. Peluang sekali dalam lima tahun. Jadi kena ambil peluang yang diberikan sebaiknya. Setiap ahli penyelidik (staf, post-doc dan research student) kena sediakan poster berkaitan penyelidikan masing-masing.

VC dijangka tiba pukul 9 pagi. Seawal jam 8.30 pagi saya dah mula standy dalam makmal. Kononnya nak buat mock presentation dengan kawan2 yg lain, tapi tak sempat. Hari Khamis tu dah buat mock presentation sekejap dgn Prof, tapi mmg byk yg tak jawab. Entah kenapa otak tetiba blur. Terkejut kot. Prof cakap pukul 2, mock presentation pula pkl 3. Tapi bagus juga Prof buat sesi pre perbentangan tu. Jadi kita boleh bersedia dgn jenis soalan yang bakal ditanya.

Berbalik pada lawatan VC tadi. Pukul 9.10, VC sampai di bilik mesyuarat. Orangnya simple dan dah agak berumur, tapi nampak sangat bertenaga. Baru saya tahu yang VC ni baru dilantik pada October 2013. Sebelum ni, beliau berkhidmat di Universiti of York. Beliau menerangkan tujuan kedatangannya melawat center kami. Katanya, salah satu tugas VC adalah utk mempromosikan universiti di mata dunia. Jadi dia kena ambil tahu perkembangan2 terkini dalam university dan penyelidikan2 yang sedang dilakukan. Sebab tu dia sendiri turun melawat kesemua pusat pengajian dan pusat penyelidikan yang ada.

Tak lama beliau berucap. Dalam 45 minit rasanya. Kemudian SV saya selaku Director of CVC memberi taklimat serba sedikit tentang sejarah CVC dan pencapaian2 yang telah dicapai oleh CVC. CVC ni masih baru rupanya. Ditubuhkan pada October 2010. Walaupun baru, jumlah geran penyelidikan yang diterima telah melebihi berbillion pound. Terbeliak biji mata saya tgk angka2 yang dibentangkan.

Selepas taklimat dari director CVC, majlis diteruskan dengan jamuan ringan. Sedap kek coklat yg disediakan. Selesai makan-makan, VC memulakan lawatan ke poster2 yang telah ditampal. Semua sekali ada empat bilik utk pameran poster. Masa pembentangan di bilik yg pertama, saya ambil peluang utk kembali ke bilik bagi mempersiapkan diri utk sesi pembentangan.

Setengah jam kemudian, saya kembali ke bilik yang pertama lagi. Rupanya baru pembentangan utk poster yang ketiga. Saya dah mula cemas bila tgk gaya VC bertanyakan soalan. Memang beliau cuba juga faham tentang penyelidikan yang kami jalankan. Selagi dia tak faham, selagi itulah dia akan bertanyakan soalan. Tengok situasi sebegitu, cukup utk buatkan kepala lutur saya menggigil. Apalah nasib saya nanti. Jadi saya tak tunggu lama, baik saya tenangkan diri dalam makmal sendiri.
Pukul 12 tgh hari, bayang VC belum kelihatan dalam bilik pembentangan kami. Ingatkan kami tak perlu present sbb masa lawatan sepatutnya hingga pukul 12 tgh hari. Harapan musnah bila VC muncul dalam bilik kami 15 minit kemudian.

Satu persatu pelajar PhD kena present. Saya yang akhir sekali. Alhamdulillah tiba giliran saya Allah mempermudahkan urusan saya. Pembentangan berjalan dengan lancar. VC mudah faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Perasaan gembira bila VC memberikan ringkasan apa yang dia faham tentang projek saya. Rasa seronok pun ada bila VC memberi respon yang baik tentang projek yang saya jalankan. Rasa seronok juga bila dengan persetujuna SV, VC beritahu yang saya boleh dapat PhD dengan projek ni. Insya Allah, semoga dipermudahkan :)

Thursday, May 1, 2014

AQPO meeting

AQPO adalah singkatan pada Academic Quality and Partnership Office. Gigih snap bunting tapi jadi kabur la pulak...
Kalau kat M'sia, macam MQA la kot. Agensi yang menjaga standard pendidikan tinggi di M'sia. Dari MQA la, banyaknya dokumentasi yang kena sediakan (teringat betapa sibuknya masa kerja dulu nak sediakan dokumen-dokumen tu).

Rupanya kat sini pun sama. Ada standard yg universiti kena ikut berdasarkan dokumentasi yang universiti dah buat. Jadi pihak AQPO datang utk menilai sejauh mana kita ikut segala dokumentasi tersebut. Mencapai standard atau tidak. Memenuhi keperluan pelajar atau tidak.

Tapi kali ni saya pula yang mewakili suara pelajar. Ingatkan volunter apa masa dapat jemputan semalam. Nak tolak, kesian pula kat Rona. Jadi angguk aje la tanda setuju. Rupanya mewakili pelajar postgraduate tentang pengalaman belajar di sini. Kena cerita la dari segi supervision, polisi universiti, dan macam-macam lagi.

Bila dengar pelbagai masalah pasal supervision, rasa insaf kejap. Supervisor saya walau nak kata perfect sgt tak la kan. Tapi dia selalu ambil berat tentang research progress dari masa ke semasa. Walau kadang-kadang saya pula yg stress bila supervisor asyik nak tgk result sahaja. Tiap kali jumpa, mesti kena tunjuk result. Dah la jumpanya setiap minggu. Jadi mmg setiap minggu kena fikir result apa yg nak tunjuk utk mesyuarat mingguan.

Alhamdulillah, part supervision boleh dikatakan saya bertuah berbanding yang lain yang mengalami pelbagai masalah. Ada yang kena survive sendiri sepanjang 4 tahun buat PhD. Ada yang tiba-tiba supervisor bertukar ke universiti lain. Ada juga yg buat dengan supervisor yang tiada kepakaran. Sedih pula saya mendengarnya.

Tapi sebelum meeting tu, dapat free lunch dulu. 
Stail lunch kat sini, air kena bancuh sendiri. Boleh pilih nak bancuh teh atau kopi. Kalau makanan pula, biasa saya ambil yang vegetarian aje la. Walau namanya lunch, bukan makan berat pun. Yang terhidang cuma sandwich dan kek jer. Tetiba rindu nak meeting kat M'sia pula. Lepas meeting kalau time lunch, harus dapat makan nasi minyak atau nasi ayam. Yang lebih tu, siap boleh tapau lagi.... hihihi, memang kenyang hingga ke malam penangan meeting!

Thursday, April 10, 2014

No Pain, No Gain!

Hari ni nak tempek printscreen perkongsian pengalaman dari FB Doctorate Support Group (DSG).


Sangat memberikan inspirasi di kala saya sangat memerlukan motivasi. Terima kasih Dr Hidayah atas perkongsian :)

Friday, March 28, 2014

Kekayaan, kejayaan atau kasih sayang

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM. 
ALLAHUAKBAR / ALLAH MAHA BESAR

Perkongsian dari Facebook.

Friday, January 17, 2014

Procrastination

Ada kawan yang suggest saya tgk video ni bila saya mengadu suka sangat menangguh kerja akhir-akhir ni.


Memang betul apa yang dia kata.
Kena atas batang hidung sendiri.